Friday, July 19, 2024
HomeBERITAParodi terima anugerah cemerlang cetus gelak ketawa warga Twitter

Parodi terima anugerah cemerlang cetus gelak ketawa warga Twitter

Minggu lalu tular mengenai kisah graduan Nur Athirah Rushami Zien dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memperolehi keputusan 4 flat dan telah menerima Anugerah Dekan selama 7 semester berturut-turut.

Rentetan pencapaian luar biasanya, telah memberi inspirasi serta menjadi kebanggaan ramai.

Aksi nakal dua pemuda yang telah melakukan video parodi, majlis konvokesyen yang telah mengumumkan kejayaan Nur Athirah menerima Anugerah Pelajaran DiRaja telah mengundang gelak ketawa di kalangan netizen.

Video lakonan parodi dan gelagat mencuit hati  dua sahabat yang dikongsi sejak semalam ternyata menjadi tarikan ramai untuk menontonnya.

Yang paling melucukan ialah mimik muka versi riak yang dibuat-buat oleh pemuda dilitupi kain merah kononnya merasa bangga kerana telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Gelagat rakannya yang menunjukkan perasaan ‘excited’ bertepuk tangan turut mencetuskan gelak ketawa warganet.

Lebih menarik lagi, topi konvo yang diperbuat daripada kertas itu juga seolah-olah menambahkan lagi kelucuan aksi video parodi mereka.

Video parodi berdurasi 37 saat itu telah ditonton lebih 400,000 warga Twitter dan diulangkicau lebih 40,000 serta 34,600 tanda suka setakat hari ini.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments