Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAParasite filem pertama Korea Selatan terima anugerah Golden Globe ke-77

Parasite filem pertama Korea Selatan terima anugerah Golden Globe ke-77

Buat julung kalinya ‘Parasite’ merupakan filem buatan Korea Selatan yang pertama menerima penghargaan daripada Hollywood Foreign Press Association.

Filem berkisarkan genre dark comedy arahan Bong Joon Ho dinobat sebagai Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Golden Globe yang ke-77 pada Ahad lalu.

Kejayaan ini sekaligus membuatkan ‘Parasite’ mengalahkan empat filem antarabangsa lain seperti The Farewell (A24), Les Miserables (Amazon), Pain and Glory (Sony Pictures Classic) dan Portrait of a Lady on Fire (Neon).

‘Parasite’ adalah sebuah filem mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak berkerja (Song Kang Ho) yang terlibat dengan kehidupan keluarga kaya selepas anak sulungnya (Choi Woo Shik) mula menjadi pengajar kepada anak perempuan keluarga kaya tersebut.

Pelakon yang memainkan peranan penting dalam filem tersebut termasuklah Song Kang-Ho, Lee Sun-Kyun, Cho Yeo-Jeong, Choi Woo-Shik dan Park So-Dam.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments