Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAPanorama indah menyusuri Sungai Perak

Panorama indah menyusuri Sungai Perak

Sungai Perak merupakan sungai kedua terpanjang dalam Semenanjung Malaysia meliputi kira-kira 400 kilometer.

 

Berpeluang menjelajah Sungai Perak merupakan pengalaman yang menakjubkan apabila kami dapat melihat secara hampir pelbagai aktiviti dan pemandangan indah tersembunyi di Teluk Intan.

Jika mahu menjelajah Sungai Perak, para pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan  River Cruise yang berhampiran dengan bandar Teluk Intan.

Menyusuri Sungai Perak dengan perkhidmatan River Cruise, memperlihatkan Teluk Intan dari perspektif berbeza dengan panorama yang begitu menakjubkan.

Mana tidaknya, banyak aktiviti penduduk tempatan dapat dilihat sepanjang menyusuri sungai yang mengalir dari Hulu Perak ke Beting Beras Basah, Bagan Datuk ke Selat Melaka.

Kami berkesempatan menaiki River Cruise dan melihat sendiri apa yang ada di pesisiran Sungai Perak ini.

Kepada kaki pancing, lokasi ini amat sesuai untuk anda. Nak tahu kenapa??? Apa tidaknya, di sepanjang pesisiran sungai, terdapat banyak pengusaha bot memberi khidmat sewa untuk aktiviti memancing.

Tambahan pula, disini terkenal sebagai tempat tumpuan pemancing-pemancing udang galah.

Malah, ada juga yang berjaya pancing udang galah sehingga lapan kilogram tau. Sedap tu! Boleh masak gulai, kari ke, udang galah tiga rasa??? Aduhhh terus lapar perut ni.

Kolam ikan talapia merah pun ada ni ya…Disini, kita dapat melihat aktivit rutin seharian penternak ikan air tawar.

Tidak cukup dengan itu, pembuat bot pun ada. Pada sesiapa yang ingin menempah atau ‘custom’ bot sendiri bolehlah datang kesini.

Meneruskan perjalanan, kami dibawa ke Pulau Bangau pula.

Bercerita lanjut tentang Pulau Bangau yang berkeluasan enam hektar, pemandu yang juga pengusaha River Cruise memberitahu, pulau kecil ini merupakan habitat tetap burung-burung bangau dari pelbagai spesis dan beberapa jenis burung lain.

Majoritinya, burung bangau paling banyak tinggal disini. Malah spesis yang belum pernah kita lihat pun ada. Jadi tidak hairanlah, pulau yang kini berusia 16 tahun dinamakan Pulau Bangau.

Burung-burung bangau ni ada aktiviti sendiri. Bukan hanya duduk ditempat yang sama sahaja.

Seperti manusia, burung-burung bangau akan keluar mencari makanan pada waktu pagi.

Pada waktu petang pula, sekumpulan burung bangau ini akan pulang ke sarang.

Ditambah dengan suasana permandangan petang yang menenangkan dan bangau yang berterbangan, menjadikan pengalaman ke tempat ini sebagai suatu pengalaman yang tidak terungkap dengan kata-kata.

Menariknya, pada waktu ini juga, anda dapat melihat keindahan matahari terbenam atau ‘sunset’ kata orang putih…

Pada hari kedatangan kami disini, adalah musim burung bangau bertelur dan proses anak burung membesar.

Dikhabarkan, pemandangan dan panorama alam semulajadi yang menarik bergantung kepada air pasang surut.

Jika ingin menerokai sungai, melihat pelbagai aktiviti burung bangau dengan lebih dekat, ketika air pasang besar adalah masa yang paling terbaik.

Jadi, jika mahu meneroka aktivit hidupan semulajadi ni perlu merujuk jadual air pasang surut terlebih dahulu. Jangan main datang aje ya!

Bukan aktiviti sehingga senja sahaja.Pada malam hari pula River Cruise juga membawa anda melihat kelip-kelip pula.

Ternyata terdapat banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi para pelancong tempatan mahupun luar negara di Teluk Intan, Perak.

Moh ler kunjungi Teluk Intan. Sudah pasti akan menyajikan pengalaman yang cukup indah bukan sahaja dengan menara condong dan udang galah yang sememangnya cukup sinonim dengan bandar ini.

Seperti kata orang-orang dahulu, tak kenal maka tak cinta…

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments