Panglima sifatkan kematian Mejar Mohd Zahid Armaya Syahid

0

Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga wira negara ini dan menyifatkan pemergiaan Allahyarham adalah satu kehilangan kepada TDM.

Jeneral Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah dalam kenyataannya mendoakan semoga keluarga mangsa redha dan sabar dengan ujian Allah SWT.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham meninggal dunia dalam tugas yang besar pahalanya atau syahid.

TDM sangat menyanyangi Allahyarham, namun Allah lebih menyanyangi Allahyarham.

TDM telah membuat segala urusan pengebumiaan jenazah dan urusan kebajikan kepada waris mangsa.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya adalah pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerakkhas, Kem Sungai Udang, Melaka.

Allahyarham yang berasal dari Kuala Lumpur meninggalkan seorang balu dan 5 anak berusia antara 9 tahun hingga 5 bulan.

Untuk rekod, Allahyarham telah berkeluarga, dan merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas.

Leave a Reply