Saturday, May 25, 2024
HomeBERITATERKINIPakej rangsangan ekonomi RM250 Billion Covid-19 tidak wajib secara serta merta dibentangkan...

Pakej rangsangan ekonomi RM250 Billion Covid-19 tidak wajib secara serta merta dibentangkan bagi tujuan kelulusan Parlimen

Pakej rangsangan ekonomi RM250 Billion Covid-19 tidak wajib secara serta merta dibentangkan bagi tujuan kelulusan Parlimen.

Selepas Perdana Menteri mengumumkan Pakej rangsangan ekonomi RM250 Billion, wujud persoalan berikut dilontarkan beberapa individu berkenaan.

Adakah Pakej rangsangan ekonomi RM250 Billion Covid-19 perlu kelulusan Parlimen?

Menurut Peguam Kanan Haniff Khatri sebelum persoalan di atas dijawab, ianya adalah teramat penting untuk memahami, yang pertamanya.

Apakah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan yang sebenar dari jumlah RM 250 Bilion yang diumumkan untuk disuntik oleh Kerajaan Persekutuan dalam ekonomi negara bagi tujuan bantuan kepada Rakyat seperti berikut.

Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

Tambahnya daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini, … “bilion COVID-19 itu, cuma adalah RM 22 Billion sahaja, dan bukannya keseluruhan RM 250 Billion itu.

Seterusnya tambah Haniff Khatri sebelum persoalan di atas dijawab secara lanjut, ianya adalah teramat penting untuk memahami, perkara yang Engku Abdul Aziz seperti yang dilaporkan oleh media “Bukan potong bajet tapi agihan semula dana kerajaan”, iaitu :

“Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata suntikan fiskal langsung sebanyak RM25 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi diumumkan perdana menteri adalah dari pengagihan semula dana kerajaan.

“Akan ada sedikit pengagihan semula dana dalam kerajaan, mungkin kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion.

“Manakala selebihnya akan dibiayai menerusi gabungan apa yang kita sudah ada melalui ekosistem kerajaan, dan selebihnya sebahagiannya akan dilakukan melalui pinjaman,” kata Tengku Zafrul dalam temu bual dengan Astro Awani malam ini.

Beliau berkata kerajaan mempunyai pelbagai agensi dan anak-anak syarikat yang dapat menyalurkan wang sama ada melalui dividen atau pinjaman.”

Justeru, ianya adalah perlu difahami bahawa walaupun jumlah RM 22 Billion hingga RM 25 Billion, yang akan disuntik oleh Kerajaan Persekutuan di dalam Pakej Suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu, sebahagiannya, adalah daripada agihan dana daripada jumlah Belanjawan 2020 yang telah diluluskan oleh Parlimen sebelum ini.

Ia mencakupi dengan jumlah sebenar agihan cuma dapat dikenalpasti setelah setiap Kementerian dapat membuat semakan rapi dan terperinci berhubung jumlah dana yang diluluskan untuk setiap Kementerian masing-masing yang tidak akan digunakan untuk tahun 2020 ini kelak.

Dan akan diagihkan sebagai suntukan dana Kerajaan Persekutuan dalam Pakej Suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu, dan proses semakan rapi ini perlu diberi masa untuk disahkan dengan tepat.

Oleh itu, jelas Haniff Khatri jika ada mana-mana jumlah dana Kerajaan Persekutuan yang sebenar-benarnya disuntik secara selepas ini.

Hatta, fakta yang boleh dikenalpasti daripada rentetan peristiwa dan laporan media setakat pada kini adalah, Kerajaan Persekutuan tidak boleh dengan nyata menyatakan, jikapun ada, mana-mana dana tambahan yang perlu disuntik oleh Kerajaan Persekutuan di dalam Pakej Suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu.

Maka bagaimanakah tercetusnya keperluan untuk pakej suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu perlu ditampilkan di Parlimen pada masa ini dengan serta merta.

Katanya sememangnya, jika ada mana-mana keperluan untuk suntikan dana tambahan dalam perbelanjaan Kerajaan Persekutuan, maka perkara 101, perkara 102 dan perkara 103 perlembagaan persekutuan, pada dasarnya hendaklah dirujuk yang mana perlukan kelulusan Parlimen, seperti yang dinyatakan dan diterbitkan di bawah.

” Supplementary and excess expenditure

101. If in respect of any financial year it is found—

(a) that the amount appropriated by the Supply Act for any
purpose is insufficient, or that a need has arisen for expenditure for a purpose for which no amount has been appropriated by the Supply Act; or

(b) that any moneys have been expended for any purpose in excess of the amount (if any) appropriated for that purpose by the Supply Act, a supplementary estimate showing the sums required or spent shall be laid before the House of Representatives and the purposes of any such expenditure shall be included in a Supply Bill.

Power to authorize expenditure on account or for unspecified
purposes

102. Parliament shall have power in respect of any financial
year—

(a) before the passing of the Supply Bill, to authorize by law expenditure for part of the year;

(b) to authorize by law expenditure for the whole or part of the year otherwise than in accordance with Articles 99 to 101, if owing to the magnitude or indefinite character of any service or to circumstances of unusual urgency it appears to Parliament to be desirable to do so.

Contingencies Fund

103. (1) Parliament may by law provide for the creation of a Contingencies Fund and for authorizing the Minister charged
with responsibility for finance, if satisfied that there has arisen
an urgent and unforeseen need for expenditure for which no other provision exists, to make advances from the Contingencies Fund to meet that need.

(2) Where any advance is made in accordance with Clause (1), a supplementary estimate shall be presented and a Supply Bill introduced as soon as possible for the purpose of replacing
the amount so advanced. ”

Justeru, dalam hal keadaan sekarang ini, iaitu

(a) dalam keadaan di mana semasa Supply Act di bawah perkara 101 (Belanjawan 2020 yang telah diliuluskan) tidak mungkin dapat ketahui kepwujudan mahupun keperluan perbelanjaan dan suntikan apa-apa jumlah suntikan tanbahan dana tambahan bebas daripada agihan daripada perbelanjaan yang telah dahulunya diluluskan untuk Kementerian masing-masing yang tidak akan dibelanjakan oleh kementerian terbabit masing-masing untuk tahun 2020 ini.

Dan seterusnya akan diagihkan sebagai suntikan untuk Pakej Suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu, tidak dapat pada masa kini dikenal pasti ataupun ditentukan jumlah yang sahih,

Maka kata Haniff Khatri secara keperlembagaan ianya tidak wajib secara serta merta untuk dibentangkan bagi tujuan kelulusan Parlimen samada di bawah perkara 102 mahupun perkara 103 perlembagaan persekutuan.

“Walau apa sekalipun, saya sarankan agar kesemua kementerian yang terbabit dengan diterajui dan dipantau Kementerian Kewangan dapat menyediakan kesemua butiran, jumlah dan angka yang akan diagihkan daripada Kementerian masing-masing untuk disalurkan kepada Pakej Suntikan RM 250 bilion COVID-19 itu, pada atau sebelum 30.04.2020.

“Ia supaya jumlah dana tambahan, jika ada, yang perlu ditambah melalui dana kerajaan dapat dikenalpasti dan ditentukan dengan sahih, supaya satu Rang Undang-undang di bawah perkara 102 ataupun 103 dapat disediakan dengan segera dengan bantuan Pejabat Peguam Negara di bawah teraju Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun untuk dibentangkan bagi tujuan kelulusan Dewan Rakyat apabila ianya bersidang pada 18.05.2020 kelak”, katanya.

Walhal, demi kepentingan kesemua rakyat dan negara Malaysia mungkin kesemua parti politik boleh bersetuju untuk membincangkan dan meluluskan Rang Undang-undang itu sebagai agenda utama Persidangan Dewan Rakyat sebelum daripada mana-mana Usul Pelantikan Yang Dipertua Baru Dewan Rakyat disebabkan perubahan Kerajaan Persekutuan pada 01.03.2020 mahupun mana-mana Usul Tidak Percaya, jikapun ada, dibentangkan.

Sekiranya, saranan ini dapat dipersetujui semua, nescaya, politik Malaysia dan Dewan Rakyat Malaysia akan ke arah tahap negara maju dengan kepentingan Rakyat tatkala kecemasan kesihatan adalah diutamakan, dan politik kepartian wajib dibelakangkan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments