Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAPakej bantuan khas CITYU untuk asnaf, B40

Pakej bantuan khas CITYU untuk asnaf, B40

Pandemik Covid-19 jelas memberi kesan besar kepada negara terutamanya dari segi ekonomi dan sosial.

Pendapatan negara Malaysia juga menurun dan isu pengangguran juga meningkat saban hari kesan serangan koronavirus di seluruh dunia.

Antara yang terjejas teruk adalah golongan berpendapatan isi rumah terendah (B40) di mana ada di antara mereka telah hilang punca pendapatan dan terpaksa mencari solusi lain bagi menampung perbelanjaan harian keluarga.

Begitu juga kumpulan pertengahan (M40) yang sebilangannya diberhentikan kerja dan juga kumpulan tertinggi (T20) yang terpaksa ‘gulung tikar’ dek ekonomi yang kurang rancak berjalan dari sebelumnya.

Menyahut seruan kerajaan yang mahu sektor korporat terlibat secara langsung membantu golongan sasar dan atas dasar keprihatinan serta tanggungjawab sosial, salah sebuah perintis sektor pendidikan tinggi swasta Malaysia, City University Malaysia (CITYU) tampil menawarkan pakej bantuan khas, Bantuan Prihatin CITYU.

Naib Canselor CITYU, Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata kepada wartawan The Malaya Post bantuan ini antara lain sebagai peranan dan tanggungjawab warga korporat prihatin dalam mengurangkan bebanan dan kesukaran golongan asnaf dan golongan B40.

“Melalui program ini, CITYU akan memberi peluang kepada mereka yang terjejas pengajian tinggi masing- masing akibat pandemik COVID-19 untuk mendaftar dan memulakan pengajian sesi pengambilan Februari 2021 di CITYU tanpa perlu mengeluarkan sebarang yuran pendahuluan.

“Selain daripada pilihan memohon pinjaman PTPTN sehingga seratus peratus, terdapat juga pilihan bantuan-bantuan kewangan yang lain seperti biasiswa oleh CITYU sendiri ataupun bantuan kewangan daripada pihak ketiga seperti MARA, Zakat Selangor, Penang Future Foundation, Malaysia Rubber Council, dan sebagainya mengikut kelayakan masing-masing,” ujar Naib Canselor CITYU, Prof Dato’ Seri De. Mohamed Mustafa Ishak ketika dihubungi The Malaya Post.

Tambah Prof Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa, di saat genting ini perlaksanaan dasar dan agenda yang terkandung dalam Pelan Pendidikan Nasional yang berlandaskan lima aspirasi iaitu Akses, Kualiti, Ekuiti, Perpaduan dan Kecekapan pastinya terkesan.

“Hanya dengan kerjasama erat antara sektor awam dan swasta akan dapat membantu menyentap balik hala tuju dasar ini ke titik capai asalnya.

“Sebagai entiti pendidikan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kumpulan SELIA, salah sebuah syarikat kejuruteraan dan pembinaan Malaysia terkemuka milik Bumiputera, CITYU sentiasa berpegang teguh kepada aspirasi Kumpulan SELIA untuk memajukan sebuah institusi pendidikan milik Bumiputera yang menetapkan penanda aras baru dalam industri pendidikan tinggi, sejajar dengan aspirasi Dasar Pendidikan Negara,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi menambah melalui tawaran Bantuan Prihatin PKP CITYU ini untuk menghulurkan bantuan yang praktikal dan bersesuaian bagi membantu pelajar- pelajar yang layak, agar masa depan generasi pelajar lepasan SPM ini tidak terjejas.

“Selain itu, selaras dengan keinginan kami untuk membuka peluang pengajian tinggi berkualiti kepada rakyat Malaysia, kesemua 68 program kami dari 8 fakulti adalah mampu dijangkau. Universiti juga akan memastikan supaya kaedah pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan tidak menghalang kualiti pendidikan pelajar-pelajar.

“Bagi mereka yang layak, CITYU turut menawarkan bantuan komputer riba percuma supaya mereka dapat mengikuti kelas dalam talian sebagai satu norma baru pandemik.

“Tambahan kebanyakan program CITYU boleh dilaksanakan secara dalam talian, ia juga boleh dibuat secara separuh masa,” jelasnya.

Tambah beliau kerjasama erat bersama industri yang sedia terjalin dengan lebih 50 rakan strategik dari pelbagai bidang dan industri akan dimanfaatkan bagi membolehkan pelajar kami mendapat penempatan latihan industri atau bekerja sambilan.

Sehubungan itu, pendedahan ini boleh meningkatkan kebolehpasaran mereka dengan pengalaman kerja yang relevan.

“Bantuan Prihatin PKP ini adalah terbuka kepada lepasan SPM dan Diploma yang layak, untuk meneruskan pelajaran mereka bermula dari sekarang sehingga penutupan pengambilan pada 21 Februari depan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, anda yang berminat boleh layari www.city.edu.my/bantuanpkp; atau hubungi talian tetap di +603 7949 1616 atau email enquiries@city.edu.my untuk sebarang pertanyaan.

Untuk rekod CITYU adalah sebuah universiti swasta yang berlokasi di Selangor, ditubuhkan pada April 1984 oleh sekumpulan cendekiawan di universiti awam dan luar negara yang mendapat penilaian kerajaan Malaysia SETARA universiti Malaysia pada tahun 2017 sebagai 4- Bintang atau kategori “Sangat Baik”.

Program yang ditawarkan mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia dan City University adalah salah sebuah universiti di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments