Friday, July 12, 2024
HomeBERITAOrang Asal jana pendapatan lumayan jual raja kayu

Orang Asal jana pendapatan lumayan jual raja kayu

GUA MUSANG, 19 September – Biarpun kadangkala terpaksa berada di dalam hutan selama dua minggu untuk mencari batang pokok Raja Kayu, Zakaria Abdullah, Orang Asal suku kaum Bateq mampu tersenyum lebar kerana pengorbanannya itu meraih pendapatan lumayan.

Zakaria, 55, berkata batang pokok Raja Kayu mengandungi pelbagai khasiat untuk rawatan tradisional selain boleh dibuat ukiran kayu.

Katanya, hasil hutan itu yang biasanya dijual kepada pembeli di Kuantan, Pahang, berharga RM15 sekilogram (kg) dan boleh mencecah RM2,000 bagi setiap 100 kg.

“Saya akan kumpulkan lebih 100 kg untuk setiap jualan dan memprosesnya terlebih dahulu sebelum menghantarnya kepada pembeli.

“Untuk mendapat 100 kg ini saya kadangkala terpaksa tinggal di dalam hutan sehingga dua minggu,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini hari ini.

Menurutnya, beliau akan mengumpul batang tersebut sehingga mencecah 500 kg terlebih dahulu sebelum membawa kesemuanya pulang untuk diproses di rumah.

“Saya dibantu oleh anak lelaki yang akan bersama-sama masuk ke hutan di sempadan Kelantan hingga ke Terengganu untuk mengumpul batang pokok Raja Kayu.

“Kami akan letakkan semua batang-batang ini di suatu tempat untuk memudahkan proses pemindahan masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda,” katanya.

Zakaria menjelaskan batang pokok Raja Kayu perlu dikikis terlebih dahulu bagi mendapatkan terasnya yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat kayu itu.

Katanya masa yang diambil untuk memproses setiap batang pokok Raja Kayu adalah kira-kira enam jam bagi memastikan semua lapisan kulit luar batang kayu itu dikikis sepenuhnya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceBernama
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments