Thursday, November 19, 2026
HomeBERITANTV7 tidak ditutup, beri laluan kepada DidikTV

NTV7 tidak ditutup, beri laluan kepada DidikTV

Saluran ntv7 masih merupakan hakmilik dan dikenalikan seoenuhnya oleh Media Prima Berhad.

Ia bagi menjawab dakwaan bahawa salah satu stesen dalam rangkaian televisyennya
akan ditamatkan operasi dan digantikan dengan rangkaian pendidikan DidikTV mulai esok.

Dalam satu kenyataan, saluran itu akan menyiarkan kandungan pendidikan khusus untuk kurikulum dan kokurikulum SPM dari 7 pagi hingga detik tengah malam setiap hari.

Saluran yang diperkenalkan oleh kementerian pendidikan itu boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, 147 di Astro dan NTV7 di Unifi TV.

“Media Prima Berhad ingin menjelaskan tiada perubahan dalam pemilikan saluran televisyen kami di bawah Media Prima Television Networks, Natseven TV Sdn Bhd (“ntv7”).

“Ia tidak berhenti beroperasi seperti disangka serta dilaporkan segelintir pihak,” memetik kenyataan hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, DidikTV sekadar kolaborasi komersial strategik antara Media Prima dan Kementerian Pendidikan yang menyasarkan peningkatan akses pendidikan berkualiti kepada pelajar di seluruh negara memandangkan capaian meluas rangkaian berkenaan di Malaysia.

“DidikTV akan menyiarkan kandungan pendidikan dan pembelajaran (PdP) berdasarkan kurikulum serta kokurikulum kementerian, selain program berkaitan pendidikan lain yang menarik termasuk hiburan.

“Ia turut merangkumi kandungan yang memperkasakan ilmu, nilai-nilai murni serta membina platform untuk masyarakat yang bermaklumat,” ujar pihak terbabit.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments