Monday, May 20, 2024
HomeBERITANoor Nabila sahkan fail cerai terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad

Noor Nabila sahkan fail cerai terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad

Noor Nabila Mohd Noor, 35 tahun, mengesahkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor terkenal Sharnaaz Ahmad.

Memetik laporan BH Online, kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perceraian itu dan berharap agar dia dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses perceraian dengan sabar dan tenang.

Beliau juga berkata, segala keputusan diserahkan kepada mahkamah.

Keutamaannya sekarang adalah memikirkan masa depan anak lelakinya, Jebat Jayden yang berusia genap setahun pd 30 Ogos lalu.

Mengakhiri perbualan, Nabila mengharapkan agar org ramai mendoakan kesejahteraan diri dan anaknya.

Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad redha dengan keputusan isterinya, jika itu yang terbaik buat mereka.

Sharnaz bagaimanapun tidak mahu bercakap lanjut mengenai perkara itu.

Aktor ini menegaskan tidak akan bercakap buruk mengenai isterinya kerana Nabila adalah ibu kepada anaknya dan bersedia menghadapinya dengan matang.

Terdahulu, aktor ini menegaskan untuk tidak berkongsi dan bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia belum sahih dan sekadar khabar angin.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini dihidu  ramai apabila Nabila memuat naik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta di laman Instastory miliknya.

Untuk rekod, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden pada 30 Ogos 2018.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments