Saturday, May 18, 2024
HomeBERITANilai seunit eksport, import Jun jatuh

Nilai seunit eksport, import Jun jatuh

Nilai seunit eksport dan import Malaysia terus jatuh 0.02 peratus dan 0.07 peratus pada Jun tahun ini.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengulas situasi berkenaan berkata susut nilai eksport dan import adalah disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak, lemak binatang dan sayur-sayuran (-5.8%), barang-barang keluaran kilang (-0.4%) dan minyak galian (-0.1%).

Manakala, indeks volum eksport pula meningkat 32.3% kepada 141.7 mata yang disebabkan oleh peningkatan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+39.9%), pelbagai barang keluaran kilang (+38.1%) dan barang-barang keluaran kilang (+27.9%).

Bagi data pelarasan musim, indeks volum eksport mencatatkan peningkatan 42.2% kepada 151.2 mata.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3433854966636099&id=406952412659718

Menurut beliau lagi, berbanding tahun sebelumnya, indeks volum eksport menokok 14.1% manakala indeks nilai seunit eksport jatuh 4.6%.

“Pada Jun 2020, indeks nilai seunit import merekodkan penyusutan 0.7% kepada 112.4 mata yang disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-3.8%), bahan kimia (-0.5%) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.3%).

Sementara itu, indeks volum import merekodkan peningkatan 19.4% kepada 125.3 mata dan kenaikan ini disebabkan terutamanya oleh peningkatan indeks minyak galian (+44.2%), barang-barang keluaran kilang (+26.6%) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+12.4%),” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Bagi data pelarasan musim, indeks volum import pada Jun meningkat 30.0% kepada 131.6 mata, dan berbanding tahun sebelumnya, kedua-dua indeks nilai seunit dan indeks volum import masing-masing mencatatkan penurunan 4.8% dan 1.2%.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan bahawa terma perdagangan Malaysia meningkat 0.6% kepada 97.8 mata berbanding Mei lalu malah dalam tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kecil sebanyak 0.2% daripada 97.6 mata.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments