Saturday, May 25, 2024
HomeBERITANikmati permainan air yang lebih menyeronokkan di Taman Tema Air Angry Birds...

Nikmati permainan air yang lebih menyeronokkan di Taman Tema Air Angry Birds pertama di dunia

Taman Tema Air Angry Birds pertama di dunia kini dibuka dan boleh dikunjungi oleh orang ramai.

Dengan keluasan satu hektar di Setia Ecohill, Semenyih kini telah rasmi dibuka kepada umum sejak 22 November lalu.

Ianya dibuka selama dua bulan sahaja sehingga 5 Januari 2020 dan juga tarikh tertentu seperti hujung minggu dan cuti umum.

Antara tarikan utama di Angry Birds Splash Water World adalah permainan gelongsor yang memaparkan karakter digemari ramai seperti Red, Chuck, Bomb, Mighty Eagle, dan Terence.

Lebih menarik lagi, para pengunjung dapat merasai keseronokan gelongsor air yang berketinggian sehingga 12 meter.

Harga tiket untuk dewasa adalah RM50 manakala harga bagi kanak-kanak dan warga emas RM38.

Sempena musim cuti sekolah, ibu bapa bolehlah meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan membawa mereka menikmati permainan air di taman tema Angry Birds.

Melalui watak kartun permainan game yang popular, kini Angry Birds ditransformasikan menjadi sebuah taman tema air dan pastinya menjadikan cuti sekolah akhir tahun ini menjadi lebih menarik dan menyeronokkan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments