Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) premis perniagaan dan kedai makan diwajib menyediakan sanitiser tangan atau ‘hand sanitizer’ di pintu masuk.
Ini merupakan perkara wajib dipraktikkan oleh pelanggan atau orang ramai iaitu membersihkan tangan dengan menggunakan sanitiser yang disediakan, pengambilan suhu badan dan juga menulis maklumat diri agar mudah dihubungi jika perlu.
Namun, menerusi laman media sosial, terdapat komentar masyarakat yang mempertikaikan kesahihan sanitiser yang disediakan.
Ada yang merasakan ianya bukannya sanitiser, tetapi cuma bahan pencuci yang telah dicampur air. Ada juga yang mendakwa ia adalah campuran bahan peluntur seperti klorox.
Ada yang mendakwa tapak tangan menjadi kering dan iritasi apabila menyapu ‘sanitiser’ yang disediakan oleh premis perniagaan disamping bau yang tidak menyenangkan.
Di ruangan komen pula ramai yang bersetuju dengan rungutan berkenaan.
Bagi yang pernah mengalami pengalaman buruk, kini lebih mudah menggunakan sanitiser sendiri yang dibawa dari rumah. Lebih yakin kata mereka.
Adakah benar dakwaan ini? Bolehkah aduan dipanjangkan kepada pihak berwajib sebagaimana kesalahan menggunakan mesin bacaan suhu badan palsu dan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Kepada pengusaha premis, sila pastikan sanitiser yang disediakan asli agar kebersihan pelanggan dan premis dapat dikawal dengan baik.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
https://www.facebook.com/groups/1350909658414305/permalink/1424314934407110/

Leave a Reply