Friday, July 12, 2024
HomeBERITANetizen kesal tindakan Ali Puteh gelar balu arwah Abam “binatang”

Netizen kesal tindakan Ali Puteh gelar balu arwah Abam “binatang”

Masih belum reda kisah Ali Puteh, balu arwah Abam dan Dato’ Seri Aliff Syukri.

Rata-rata warga maya terkesan dan kurang senang dengan bahasa kasar berbaur hinaan adik arwah Abam, Ali Puteh yang “binatang”kan kakak ipar atau balu abangnya sendiri, Noor Hidayah Mohd Ali melalui perkongsian yang telah dipadam oleh Ali di laman Instagramnya semalam.

Rentetan kehadiran Aliff Syukri bertemu dengan balu arwah Abam, banyak pula cerita yang terbongkar secara tidak sengaja.

Netizen dan warga maya berpendapat ada hikmah di sebalik kehadiran Aliff Syukri bertemu balu arwah Abam yang sebelum ini lebih banyak berdiam diri.

Antara yang menarik perhatian warga maya apabila Noor Hidayah memberitahu kereta milik arwah suaminya telah diambil oleh keluarga arwah Abam sehingga dia terpaksa menggunakan perkhidmatan Grab.

Luahan ringkas Noor Hidayah yang hanya l sekadar menjawab pertanyaan Aliff Syukri mendapat simpati netizen.

Netizen turut mempersoalkan tindakan keluarga arwah Abam mengambil kereta yang sepatutnya menjadi hak milik isteri untuk kemudahan melunaskan tanggungjawab seharian.

Terbaharu, ketika menjawab pertikaian para pengikut di laman Instagram, Ali Puteh menyatakan akan menjelaskan perkara sebenar dalam masa terdekat.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments