Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANetizen dakwa PA Neelofa dan PA Chatime ada talian persaudaraan

Netizen dakwa PA Neelofa dan PA Chatime ada talian persaudaraan

Nampaknya kisah pernikahan figura cantik Neelofa dan PU Riz masih belum reda diperkatakan di platform media sosial dan media massa.

Terkini, kecoh apabila netizen mendakwa pembantu peribadi (PA) Neelofa, Nur Nadiah Khairuddin mempunyai hubungan persaudaraan dengan PA Chatime Malaysia, Malihah Khairuddin.

Ini secara tidak langsung ‘menafikan’ keberadaan Neelofa dan PU Riz di Pulau Langkawi adalah atas urusan kerja.

“Ramai dah tahu Neelofa dan PU Riz ke Langkawi guna surat kebenaran Chatime.

“Tapi ramai tak tahu PA Chatime dan PA Neelofa adalah adik beradik,” demikian memetik tulisan seorang pembaca di twitternya.

Terdahulu, timbul pertikaian apabila viral photo pasangan pengantin baru itu dikatakan merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi, sekaligus melanggar arahan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.

Pihak Neelofa dikatakan membuat penjelasan bahawa mereka telah mendapat surat rasmi dari pengurusan Chatime untuk ke pulau lagenda itu atas urusan kerja iaitu promosi produk minuman.

Walaubagaimanapun, netizen Malaysia dengan pantas bertindak sebagai ‘penyiasat tak bertauliah’ serta membuat ‘kajian’ akan kebenaran dan ‘ketelusan’ surat berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran hubungan seperti yang didakwa. Namun jika benar, memang ‘sesuatu sangat’…

Hebat netizen kita ni ????????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments