Saturday, May 11, 2024
HomeBERITANeelofa bakal berlakon filem di Indonesia

Neelofa bakal berlakon filem di Indonesia

Selepas mengundurkan diri dari mengacara rancangan hiburan Meletop, momentum seni Neelofa dilihat sedikit menurun dan kurang kita dengar perkhabaran terkini kerjaya seni beliau.

Tup.. Tup… Terkini, Neelofa bakal berlakon filem di negara Indonesia dan akan memulakan penggambaran pada April ini.

Dikhabarkan Neelofa juga sudah mempunyai Pengurus (Manager) bagi menembusi pasaran di negara berkenaan.

Malah, pelakon cantik ini turut mengupah tutor peribadi yang akan mengajar Bahasa Indonesia sebagai persediaan menempa nama di negara terbabit.

Usahawanita berjaya ini juga menyatakan akan memberi tumpuan yang lebih terhadap kerjaya lakonan pada tahun ini.

Dalam perkembangan perniagaan pula, Neelofa melancarkan koleksi ‘The Go Far Collection’ yang menampilkan identiti terkini Naelofar yang lebih segar, ‘edgy’ dan moden.

Semoga Neelofa berjaya mencipta populariti di Indonesia. Good Luck!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments