Nasib dan masa depan Guru KAFA bergaji RM1,000 dapat perhatian PM

0

Nasib dan masa depan guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) bakal terbela apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi perhatian kepada isu yang melibatkan kebajikan guru-guru agama itu.

Ismail Sabri berkata, beliau akan melihat kembali isu mengenai elaun yang rendah dan perjawatan guru KAFA yang masih lagi bertaraf kontrak itu.

“Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) (Tan Sri Mohd Zuki Ali) kerana ia (guru KAFA) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Kita akan tengoklah, kita akan ‘review’ balik perkara ini selepas pilihan raya umum, setakat ini tidak boleh buat apa-apa, Kabinet pun tidak bermesyuarat,”katanya pada Majlis Kenduri Rakyat Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Media melaporkan ketika pekerja kilang dan pengawal keselamatan termasuk warga asing sudah lama menikmati gaji minimum sebanyak RM1,500 sebulan namun pendapatan guru-guru KAFA masih berada di bawah paras kemiskinan.

Difahamkan terdapat kira-kira 35,000 guru KAFA di seluruh negara masih dibayar ‘upah’ serendah RM1,000 sebulan walaupun peranan mereka besar dalam mengajar pendidikan Islam kepada anak-anak untuk menjadi Muslim sejati dan insan syumul.

Dalam pada itu itu Ismail Sabri berkata kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada kebajikan guru-guru KAFA dan akan melihat isu melibatkan guru-guru agama ini.

Katanya, keprihatinan kerajaan terhadap guru KAFA menyaksikan kerajaan telah memberikan insentif kepada guru-guru KAFA bersama Imam dan Bilal dalam Bajet 2023.

“Kita akan tengoklah, kita akan ‘review’ balik perkara ini selepas pilihan raya umum, setakat ini tidak boleh buat apa-apa, Kabinet pun tidak bermesyuarat,”katanya pada Majlis Kenduri Rakyat Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply