Thursday, October 17, 2024
HomeBERITANasi Dagang sajian warisan istimewa Terengganu

Nasi Dagang sajian warisan istimewa Terengganu

Nasi Dagang merupakan salah satu menu utama yang tersenarai sebagai makanan warisan dan terkenal di Terengganu.

Nasi dagang Terengganu dimasak daripada campuran beras dan beras pulut serta dikukus bersama-sama santan kelapa.

Bagi lauknya pula, ia dimakan dengan ikan tongkol atau di Terengganu dipanggil ikan ‘aya hitam’ bersama kuah yang dimasak dengan menggunakan rempah khas gulai nasi dagang.

Selain itu, acar timun juga disediakan bagi melengkapkan hidangan ini.

Kalau di Terengganu, nasi dagang kebiasaannya dijadikan hidangan sarapan pagi dan juga hidangan istimewa bagi acara-acara tertentu.

Pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji, nasi dagang adalah antara menu utama yang dimasak pada waktu pagi yang dijadikan sarapan atau santapan ahli keluarga dan juga tetamu.

Malahan sehingga kini ramai peniaga yang menjual nasi ini di gerai, kedai makan atau pun restoran tetapi ketulenan nasi dagang Terengganu pastinya tidak akan sama jika hendak dibandingkan dengan yang dijual di luar dari negeri ini.

Jika anda melancong ke Terengganu, nasi dagang adalah menu wajib yang anda perlu cuba dan nikmati sendiri ‘nasi dagang pior’ pantai timur ini.

Teringin nak makan nasi dagang viral di Terengganu? Kami senaraikan beberapa lokasi yang boleh anda kunjungi.

1) Nasi Dagang Kak Pah, Batu Burok

2) Nasi Dagang Tepi Kubur Kg Atas Tol

3) Nasi Dagang Kak Jah

4) Nasi Dagang Mok Ngoh, Chendering

5) Nasi Dagang Warisan Batu Buruk

6) Kak Ros Nasi Dagang

7) Nasi Dagang Ayah Long , Pengkalan Setar

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments