Nana Mahzan kini manis bertudung

0

Linangan air mata mengiringi penyampai radio dan televisyen Nana Mahazan tatkala pertama kali menerima reaksi pengikut apabila dirinya tampil bertudung.

Usahawan produk kecantikan dan makanan ini menerusi platform Instagramnya mengadakan sesi ‘live’ bersama pengikut untuk berkongsi perkembangan terbaru produk makanannya.

Namun, penampilan baru Nana menarik perhatian warganet.

Tampil manis dengan hijab polos berwarna gelap dan solekan tipis, terserlah kelembutan ibu kepada dua cahayamata itu.

“Sebenarnya, saya belum bersedia untuk berkongsi penghijrahan saya ini. Sebab itulah saya ajak suami menyertai ‘live’ hari ini.

“Terima kasih kepada yang mendoakan. Saya masih belajar,” ucapnya dalam nada sebak.

Manakala suami Nana, Raqeem Brian dilihat sentiasa berada di sisi dan memberi semangat kepada isteri tersayang.

“Sudah lama bermain difikiran ingin berhijab. Alhamdulillah, hari yang indah dengan rahmat hujan, doa kita dikabulkan,” ungkap Nana penuh kesyukuran.

Ruangan komen Nana menerima reaksi positif pengikut. Mereka mendoakan agar Nana terus Istiqamah dalam mencari keredaan Yang Maha Esa.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply