Thursday, June 20, 2024
HomeBERITANak menang wang tunai RM5,000? Jom sertai pertandingan cipta logo dan tagline...

Nak menang wang tunai RM5,000? Jom sertai pertandingan cipta logo dan tagline Kempen Kesedaran COVID-19

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan akan melancarkan kempen Kempen Kesedaran COVID-19.

Kempen ini juga bakal dilancarkan di seluruh negara oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum akhir Julai ini.

Oleh itu, bagi memberi peluang dan ruang untuk kesemua rakyat Malaysia samada yang ada dalam negara mahupun di luar negara untuk menzahirkan kreativiti mereka, pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19.

Pertandingan ini dibuka mulai 1 Julai 2020 (Rabu) hingga 10 Julai 2020 (Jumaat) sebelum pukul 12.00 tengah malam dan semua rakyat Malaysia layak untuk menyertai pertandingan ini.

Hadiah pemenang tempat pertama adalah wang tunai RM5,000, tempat kedua RM3,000 dan tempat ketiga RM1,000.

Kesemua pemenang akan menerima hadiah yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu majlis penyampaian hadiah kempen berkenaan.

Untuk penyertaan dan sebarang maklumat lanjut mengenai penyertaan , orang ramai boleh lawati laman sesawang www.kkmm.gov.my atau laman web Jabatan Penerangan Malaysia di www.penerangan.gov.my.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments