Muna muncul dengan single terbaru “Bukan Milikku”

0

Sejak muncul dengan persembahan di pentas separuh akhir Juara Lagu menerusi lagu Teguh Setia, nama Muna Shahirah semakin dikenali dan mendapat tempat di hati peminat industri seni tanahair.

Terkini, Muna, 27 tahun tampil dengan single berjudul Bukan Milikku. Lagu ciptaan  Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh serta lirik oleh Ikhwan sendiri merupakan lagu balada cinta kelima Muna.

“Bukan Muna tidak mahu tukar genre lagu, tetapi Muna sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ianya cadangan dari syarikat rakaman FMC Music.

“Lepas ni kalau di beri peluang Muna teringin nak bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati,” katanya.

Untuk rekod, single pertama Muna berjudul Takdir Cinta diikuti dengan single kedua berjudul Teguh Setia. Kemudian Muna muncul dengan single ke tiga berjudul Suratan Luka sebelum beliau berduet bersama Zack Zakwan di dalam single berjudul Bagaimana.

Menurut Muna, dia memahami PKP telah masuk tahun kedua. Namun ia tidak menghalang Muna untuk terus menghasilkan single terbaru.

“Sebenarnya saya gementar juga nak release single baru dalam waktu PKP ni, saya bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa.

“Tetapi memandangkan ianya adalah tuntukan kerja, jadi saya terpaksa melunaskan tanggungjawap saya pada syarikat rakaman dan untuk peminat.

“PKP dan keadaan semasa telah menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak bukan sahaja industri hiburan.

“Muna berpendapat bahawa dalam situasi yang sebegini kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja. Kerana jika kita terlalu bergantung dalam bidang nyanyian sahaja tentu kita akan rasa sangat tertekan,” nasihatnya lagi.

Muna turut meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat dalam industri terutama dalam satu syarikat rakaman yang berduka dan turut terkesan kerana PKP ini dan berdoa moga Covid cepat berlalu dan PKP berakhir.

Kepada semua pengikut dan peminat Muna, jangan lupa download single terbaru muna berjudul Bukan Milikku dan tonton muzik video lagu ini mulai Jumaat 2hb Julai 2021 yang dilancarkan serentak di seluruh saluran online termasuk di youtube FMC Music bermula jam 8 malam. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost
 

Leave a Reply