Pada April depan, Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) bakal membuka tirainya dan akan menyajikan aksi hebat pelumba berbakat negara untuk para peminat sukan permotoran tanah air.
Pusingan Pertama bakal dimulakan pada 03 hingga 05 April secara ekslusif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Kejuaraan kebangsaan ini akan merangkumi lima pusingan.
Ia diikuti aksi Pusingan Dua pada 07 hingga 09 Ogos yang akan berlangsung serentak dengan Kejuaraan Asia Talent Cup.
Oleh kerana berlaku pertembungan tarikh dengan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) maka Pusingan Tiga hanya akan menyenaraikan perlumbaan bagi kelas MSBK250 sahaja.
Pusingan Enam ARRC 2020 yang dijadualkan bermula pada 25-27 September bakal menjadi sebahagian daripada perlumbaan dan juga saingan Pusingan Ketiga.
Pusingan Empat dan Pusingan Lima bakal berlangsung secara serentak pada 16 hingga 18 Oktober sekaligus menjadi aksi penutup tirai bagi edisi 2020.
Berikut adalah kalendar Kejuaraan Superbike Malaysia 2020 :
Pusingan 1: 03 hingga 05 April
Pusingan 2: 07 hingga 09 Ogos
Pusingan 3: 25 hingga 27 September
Pusingan 4 dan 5: 16 hingga18 Oktober
Kesemua perlumbaan ini akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang mengikut tarikh yang telah dipamerkan.
Leave a Reply