Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAMOSTI tubuh MNIG, bantu industri nano kembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa

MOSTI tubuh MNIG, bantu industri nano kembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa

KUALA LUMPUR, 9 Sept – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menubuhkan Kumpulan Perindustrian Nano Teknologi (MNIG) bagi meningkatkan penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba, penubuhan MNIG merupakan platform terbaik dalam membantu pemain industri nano mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa.

“Saya percaya dengan penubuhan MNIG ini kita akan dapat merealisasikan hasrat negara untuk menjadikan pemain industri nano di peringkat serantau dengan mengambil peluang perkembangan pasaran nanoteknologi Asia Pasifik yang diunjurkan mencapai lebih USD$2.6 trilion pada tahun 2025,” kata beliau ketika berucap dalam Majlis Penutup Nano Kebangsaan (Nanokeb 2022), hari ini.

Katanya, sumbangan PKS dalam industri nanoteknologi berpotensi tinggi untuk ekonomi negara, ini dibuktikan melalui nilai jualan tahunan produk nano tempatan yang telah mendapat pensijilan NanoVerify, meningkat kepada RM441.9 juta dan diunjurkan terus meningkat kepada RM490.1 juta pada tahun ini.

MNIG dianggotai wakil industri berkaitan nanoteknologi, berperanan sebagai medium untuk menjalin kerjasama erat antara syarikat nanoteknologi, PKS dan pemegang taruh serta membantu penyelarasan antara syarikat dalam rantaian bekalan produk teknologi nano.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments