Monday, June 17, 2024
HomeBERITAMohon berhenti pengajian kerana emak kanser, ayah polio: UUM taja pelajar susah

Mohon berhenti pengajian kerana emak kanser, ayah polio: UUM taja pelajar susah

Sudahlah bapanya menghidap polio, emak pula baharu didaignos kanser tahap tiga.

Demikian ujian berat ditanggung seorang pelajar baharu Universiti Utara Malaysia,Tan Kun.

Menurut satu kenyataan UUM di Facebook rasminya, Tan Kun adalah anak tunggal keluarga itu memohon berhenti pengajian kerana menyedari ibu bapanya tidak mampu menampung pengajiannya.

Sebaik mengetahui berita itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed terus bergegas ke Taman Murai Jaya, Simpang Ampat Pulau Pinang pagi tadi untuk mengetahui perincian masalah pelajar berkenaan.

“Beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti pengajian dan pulang ke rumah untuk menjaga emaknya yg menjalani rawatan kanser tahap 3 dan bapanya yang menghidapi penyakit polio serta terpaksa berjalan menggunakan tongkat.”

“Menyedari kesusahan kehidupan beliau, Naib Canselor, Prof Dr Mohd Foad Sakdan telah bersetuju untuk meletakkan beliau di bawah Program Sulong 2.0 di mana UUM akan membiayai kos yuran pengajian beliau sehingga beliau tamat pengajian.

“Naib Canselor turut meminta HEP untuk turut membantu beliau jika terdapat sebarang keperluan lain yg difikirkan sesuai,” memetik kenyataan itu.

Tan Kun mengambil program Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM).

Dalam lawatan bersama-sama dengan Dekan HEP UUM , Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin; Pengetua Inasis Dr Asmat Mat dan Penolong Pengetua, Meor Mohammad Afif Aiman Abu Bakar, Dr Martadha turut membawa bakul rahmah untuk keluarga Tan Kun.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments