Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMoh tengok burung helang jinak di Bagan Datuk

Moh tengok burung helang jinak di Bagan Datuk

Belum habis meneroka tempat-tempat menarik di Bagan Datuk, kami berpeluang menaiki bot milik Blue Tears Island untuk melihat pembinaan jambatan Bagan Datuk yang dijangka siap pada tahun hadapan.

Pada sebelah petang, tepat jam 6.30 petang, kami dibawa melawat ke beberapa destinasi persinggahan bot antaranya di Parit Satu.

Perjalanan yang mengambil masa 10 minit dari jeti Bagan Datuk, kami berpeluang melihat sekumpulan burung helang yang dilaporkan sudah lama tinggal di kawasan terbabit.

Apabila hon bot dibunyikan, sekawanan burung helang keluar dan mendekati bot. Sungguh jinak dan ternyata memang banyak burung helang berterbangan yang jarang kita lihat seperti yang diperkatakan oleh pemandu pelancong.

Rupa-rupanya fungsi bot membunyikan hon adalah menandakan masa untuk burung-burung helang makan petang.

Pemandu memberhentikan bot lalu salah seorang pembantunya mencurahkan sebaldi usus, isi dan kulit ayam di dalam permukaan sungai.

Haaa, itulah makanan mereka.
Dengan suasana matahari terbenam yang penuh dengan warna senja, menyerlahkan lagi ciptaan indah sang pencipta.

MasyaAllah…Sungguh indah. Tidak terucap dengan kata-kata.

Seterusnya, kami dibawa ke destinasi kedua iaitu di Sungai Pergam untuk melihat kelip-kelip.

Difahamkan, kelip-kelip akan mula keluar pada jam 7.45 malam.

Perjalanan singkat yang memakan masa hanya lima minit dari jeti, membawa kami ke habitat kekal serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya pada waktu malam.

Macam lampu lip lap pada ‘christmas’ tree pun ya…Nak tahu apa makanan kelip-kelip???

Serangga berkilau ini memakan getah pokok yang dipanggil pokok berembang.

Meneruskan perjalanan, kami dibawa ke hentian ketiga untuk melihat ‘blue plankton’ pula.

Bagi peminat laut dan ‘divers’, pasti sudah terbiasa melihat ‘blue plankton’. Tapi masih ramai belum kenal dan tengok secara dekat hidupan laut ini, bukan???

Perjalanan memakan masa hampir setengah jam untuk sampai ke habitat hidupan laut kecil berwarna biru yang berhampiran dengan Pulau Sembilan.

Setelah sampai, pemandu bot bersama pembantunya mengambil ‘blue plankton’ menggunakan penapis ikan dan meletak ke dalam besen bertujuan untuk menunjuk ‘blue plankton’ secara dekat kepada para penumpang.

Laut semakin bergelora dengan bacaan force tujuh. Kaki pancing kata, kalau dah masuk force sembilan pasti ramai yang rebah dan mabuk laut.

Semakin jauh di tengah lautan, makin bergelora pula kepala ni.

Setelah beberapa ketika berada disitu, bot mula bergerak pulang bagi menghantar para penumpang ke jeti.

Bagi anda yang berminat untuk menggunakan khidmat Blue Tears Island Enterprise, syarikat milik persendirian ini menyediakan perkhidmatan membawa pelancong yang ingin melihat destinasi menarik di sepanjang Sungai Perak dengan menaiki bot.

Terdapat tiga pakej yaang ditawarkan iaitu pakej dewasa, kanak-kanak berumur tujuh hingga 11 tahun dan kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.

Memiliki empat buah bot, antara  destinasi menarik yang akan dikunjungi ialah, sky mirror, eagle watching, sunset, blue tears at night dan fireflies watching.

JAMBATAN BAGAN DATUK

Berita baik untuk warga Bagan Datuk.
Miker akan dapat jambatan baru yang akan menghubungkan Perak Tengah.

Kerja-kerja pembinaan projek jambatan di Bagan Datuk bermula pada 2 Julai 2017 dan dijangka siap pada November 2021.

Jambatan ini akan menghubungkan jalan FT 69 dan  jalan FT 05.

Jambatan sepanjang 1.5 kilometer ini, memendekkan jarak perjalanan dari daerah Bagan Datuk ke Perak Tengah dengan penjimatan 50 kilometer kepada 10.2 kilometer.

Selain itu ianya turut mempunyai jalan tuju ke jambatan sepanjang 8.7 kilometer, sistem pembentungan dan saliran di sepanjang jalan utama yang kini 69 peratus telah siap.

Menurut Pengurus Projek syarikat NAZA Engineering & Construction, Mazlan Abdul Mansor, beliau berkata projek pembinaan jambatan dari pekan Bagan Datuk ke daerah Perak Tengah menelan kos RM366 juta dari peruntukan Kerajaan Pusat melalui Rancangan Malaysia ke-11.

Tambahnya, dengan pembinaan jambatan ini, ianya akan menyuntik pertumbuhan dan melimpahkan ekonomi kepada warga tempatan.

Selain itu, pembinaan jambatan ini mampu menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang mengganggu aktiviti seharian penduduk sekitar.

Bagi anak jati Bagan Datuk, Lim Chin Geyok, 62 tahun, dia yang juga pemilik Blue Tears Island berkata dengan terbinanya jambatan ini, ia akan memudahkan kedatangan pelancong ke daerah ini.

Sementara itu, pengusaha soya dan dodol dari Kampung Sungai Tiang Tengah, Mohd Jaid Aspar, 67 tahun, peluang itu sudah lama dinantikan penduduk Perak.

Bukan sahaja kedatangan orang ramai ke Bagan Datuk, secara tidak langsung dapat mengembangkan ekonomi para penduduk sekitarnya.

Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada Sultan Perak, kerajaan negeri

Sementara itu, Saril Ahmad, 59 tahun, dari Kampung Tiang Tengah, dia menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan pemimpin-pemimpin politik yang berusaha melakukan pembangunan di Bagan Datuk.

Dia yang juga pengusaha kraftangan berkata, jika dilihat keadaan Bagan Datuk pada masa dahulu, pekan kecil ini tidak terlalu popular di kalangan pelancong luar.

Namun jika jambatan Bagan Datuk siap sepenuhnya sudah pasti pekan ini akan lebih dikenali dan dilawati ramai.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments