Moh menjala udang galah Air Gunung Lata Buluh

0

Tahukah anda di daerah Selama terdapat perusahaan ternakan udang menggunakan sumber air semulajadi.

Dengan keunikan ini, ianya menjadikan Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh antara daya tarikan menarik jika ke daerah Selama.

Udang-udang yang diternak di sini menggunakan sumber air semulajadi dari Gunung Lata Buluh yang sentiasa mengalir.

Apabila menggunakan air semulajadi, pasti banyak khasiat dan kelebihan tersendiri.

Jadi tidak hairanlah rasa udang galah di sini cukup manis dan kerana keistimewaan inilah yang menjadikan hasil ternakan udang galah di Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh juga tidak pernah mendapat penyakit walaupun perusahaan ini sudah lama beroperasi.

Oleh kerana itu, udang galah di sini mendapat permintaan yang cukup tinggi dari kalangan pelanggan dalam negeri mahupun para pengunjung yang datang dari luar negeri Perak.

Kepada anda yang ingin ke daerah Selama, cubalah berkunjung ke Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh. Rasai sendiri pengalaman menjala udang galah yang segar dan rasanya yang sangat sedap.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply