Thursday, May 23, 2024
HomeBERITAMoh le kome ke Bazar Nanas Kampung Selabak

Moh le kome ke Bazar Nanas Kampung Selabak

Kali ini kami akan ke Kampung Selabak pula. Jika ada yang bertanya, kenapa Kampung Selabak menjadi destinasi pilihan? Sudah pasti ada sebabnya.

Kampung Selabak berlokasi kira-kira empat kilometer dari bandar Teluk Intan, Perak.

Kampung Selabak terletak di sebelah kanan kilometer empat Jalan Changkat Jong dari bandar Teluk Intan menghala ke bandar Bidor.

Dikhabarkan, penduduk-penduduk disini mempunyai tanaman nanas sendiri dan hanya menanam nanas di persekitaran rumah masing-masing.

Kampung Selabak tidak asing bagi para penduduk setempat dengan penanaman nanas yang berkualiti tinggi.

Aktiviti penanaman nanas ini dilaporkan bermula sejak 60 tahun dahulu.

Kebanyakan mereka yang tinggal disini mendapati tanah gambutnya sesuai untuk tanaman nanas dan semenjak itu, tanaman nanas semakin meluas serta menjadi pendapatan utama penduduk tempatan.

Tanaman nanas diwarisi turun-temurun dan masih diteruskan generasi muda walaupun ia bukan lagi menjadi tumpuan penduduk tempatan akibat pembangunan pesat dalam sektor lain di sekitarnya.

BAZAR NANAS KAMPUNG SELABAK

Bagi mereka ke Teluk Intan, pasti terlihat sebuah replika batu nanas yang besar bagi menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui jalan utama Changkat Jong.

Untuk pengetahuan anda, semua hasil tanaman nanas penduduk Kampung Selabak akan dijual disini.

Di bazar nanas ini, anda juga boleh menikmati kesegaran buah nanas yang dipetik dari ladang.

Terus makan disini pun boleh…Krew kami pun sempat merasa nanas disini. Manis!

Jika anda mahu rasa nanas yang manis, juicy , moh ler singgah bazar nanas di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan, Perak.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments