Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAModel Rusia, Viktoria Odintcova dakwa terima DM dari Cristiano Ronaldo di Instagram,...

Model Rusia, Viktoria Odintcova dakwa terima DM dari Cristiano Ronaldo di Instagram, mengakui berhubung dengan Neymar dan Lewis Hamilton

Model Rusia, Viktoria Odintcova mendakwa telah menolak godaan Cristiano Ronaldo melalui kiriman mesej di Instagramnya.

Wanita berambut coklat ini bukanlah calang-calang orangnya malah memiliki kira-kira lima juta pengikut di laman media sosialnya.

Dan salah seorang pemain bola sepak yang mempunyai ramai peminat serta menjadi pemainĀ  paling terkenal di dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan turut ingin mencuba nasib dan menggodanya.

Odintcova juga ditanya sama ada superstar Juventus berkenaan pernah menyukai salah satu perkongsiannya.

Tetapi pemain yang kini berusia 34 tahun itu menjadi lebih baik apabila dia mula mendedahkan Ronaldo pernah meninggalkan mesej terhadapnya.

Model yang kini berusia 26 tahun itu berkata: ” That happened… Dia (Ronaldo) juga menulis kepada saya, sudah lama dahulu, dia menulis, ā€˜Hi, how are you?’

“Saya memadamkan mesej dan tidak menjawab.”

Dia kemudian menolak sebarang perbualan dan dia tidak akan melayan bekas pemain Manchester United yang kini dilaporkan berhubungan dengan Georgina Rodriguez.

Odintcova dengan berterus terang menambah: “Sudah tentu saya tidak memberi peluang kepadanya, teruskan! Saya tahu dia turut menyapa beberapa gadis lain, jadi saya sangat memahami, ‘dude, selamat tinggal, padam’.”

Ronaldo dan Rodriguez telah bersama sejak 2016 dan mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Alana.

Bintang Brazil, Neymar dan juara dunia Formula One, Lewis Hamilton ternyata lebih berjaya bersama Odintcova.

Beliau menambah: “Orang yang paling terkenal dalam senarai nombor di dalam telefon saya ialah Lewis Hamilton. Kali terakhir dia menghubungi saya adalah pada 15 November, dan mengucapkan tahniah pada hari lahir saya.

“Kami berteman, kami hanya bermesej di antara satu sama lain dan kadang-kadang membuat panggilan. Kami berada di zon persahabatan.

ā€œSaya pergi ke perlumbaannya sekali-sekala, kali terakhir berada di Sochi (di Grand Prix Rusia). Kami telah berkawan selama tiga tahun. Apabila saya berjumpa dengannya, saya tidak boleh berbahasa Inggeris, saya hanya boleh memahaminya.

ā€œSaya berhubung dengan Neymar, kerana dia berkawan dengan Lewis, saya kenal dia melalui Lewis.Ā  Saya faham bahawa dia seorang lelaki normal, kami saling membalas mesej di Instagram.ā€

Dalam pada itu, Ronaldo tidak membuat sebarang komen terhadap dakwaan Odintvoca.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments