Model Belanda-Maghribi-Mesir, Imaan Hammam yang sering menyarung busana jenama fesyen mewah, terpilih untuk kempen terbaru label mewah British, Alexander McQueen.
Imaan Hammam muncul bersama Vivien Solari dan Felice Noordhoff, bersama model lain dari koleksi musim bunga / musim panas 2020 itu.

Dia yang berusia 23 tahun itu memakai pakaianĀ ruffled off-the-shoulder-dress dikongsi di laman Instagram miliknya.
Foto kedua, Imaan mengenakan jaket dengan silhouette yang dipakai dengan baju berwarna putih, kain renda dan seluar panjang besar.
Hammam memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun, ketika dia membuka muka baru untuk pertunjukan musim bunga/musim panas 2014 di Givenchy, pereka Itali Riccardo Tisci.
Dia juga menjadi model untuk Versace dan muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Vogue sebanyak tiga kali.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply