Friday, November 20, 2026
HomeBERITAMira Filzah ‘Baby Sayang‘ Caprice???

Mira Filzah ‘Baby Sayang‘ Caprice???

Kolaborasi terbaru rapper Ariz Ramli atau Caprice dan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH), Mira Filzah bakal mewarnai dunia seni hiburan tanah air.

Lagu yang menemukan Caprice dan Mira Filzah berjudul Baby Sayang ini menonjolkan Mira sebagai “new talent” dalam kumpulan Badboii dan membawa watak sebagai isteri Dr B.

Berdasarkan salah satu komen milik @itsodyzseus di Youtube Channel Caprice, MV Baby Sayang adalah lagu selingan dari Music Video (MV) Haa Tepok.

“Cerita dan MV ni selepas HAA TEPOK … Bukan sambungan tapi selingan . Kan Dr BAL and badboii nak move ke Jakarta . ( Dr.Bal kapan kamu suka music dangdut? ) Soo kat MV ni Dr Bal throwback 1994 masa dia nak ajak Baby Sayang g prom . After 10 tahun kemudian. Kawen and dpt anak. Sambungan part last Haa Tepok tu lah ending dlm MV ni . Dr Bal balik rmh nak ajak family dia join sekali . Adoiii benda simple mcm ni pun korang lambat pick up ke . Nak cakap bengap karang marahhhhhh . Haaa Tepokkkkkk hahahahahaha” tulisnya dan kemudian di ‘pinned’ oleh Caprice.

View this post on Instagram

❤️💥🔫 . . Link at bio.

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Menurut Mira Filzah, Caprice sudah lama melamarnya untuk menjadi sebahagian dari MV salah satu lagunya memandangkan tagline ‘Baby Sayang’ itu datang daripadanya namun dia belum memberikan persetujuan pada ketika itu.

Di ruangan komen pula para peminat Mira Filzah meminta untuk Caprice menjaga artis kesayangan mereka dengan baik, tidak kurang juga yang memberi komen nakal bahawa mereka patah hati melihat mereka bergandingan bersama.

Caprice dan Mira Filzah kelihatan sepadan di dalam poster MV mereka.

Mereka kini menggunakan hashtag #miracap sebagai promo lagu berkenaan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments