Berita baik buat Rider foodpanda, lalamove, grabfood dan yang seumpamanya.
Anda kini boleh menikmati sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan hasil sumbangan ‘Mikaseries Peduli’.
Menurut CEO Mikaseries, pelakon Zoey Rahman, ‘Mikaseries Peduli’ merupakan satu program kemasyarakatan anjuran Syarikat Mikaseries dengan kerjasama Big Mouth, Mc Donald’s Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar.
“Kami mengambil inisiatif untuk mendekati golongan front liner yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan ramai pihak,” ujar Zoey.

Untuk rekod, sebelum ini sumbangan barang keperluan harian banyak diberikan kepada golongan ibu tunggal dan lain-lain.
“Insyaallah selepas ini Adabi dan beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjasama dengan kami. Terima kasih saya ucapkan.
Selain itu Zoey turut berterima kasih kepada rakannya, pelakon Anju kerana sudi turun padang dan memberi sumbangan peribadi kepada riders.
Tahniah Zoey dan Anju!

Buat riders yang berminat dan ingin mendapatkan petrol percuma setiap bulan, mereka boleh sertai melalui telegram MIKASERIESpeduli.
Search sahaja MIKASERIESpeduli di telegram dan subscribe untuk dapat info lanjut dan membuat pendaftaran. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost


Leave a Reply