Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAMIC ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

MIC ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya 36 tahun yang meninggal dunia akibat tertembak semasa
melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

“Sebagai seorang Naib Presiden MIC mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga bekas tentera kes ini begitu dekat dihati saya” katanya.

Dan bagi memberi keadilan kepada keluarga Allahyarham, beliau menyarankan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat sama ada wujud kelalaian di Kem Tentera Lok Kawi hingga menyebabkan kejadian kematian berkenaan.

“Saya melihat ada beberapa isu yang perlu disiasat dan perlu diperketatkan di masa akan datang.

Adakah acara gimik itu telah dibuat latihan yang secukupnya sebelum diluluskan” katanya dalam satu kenyataan media kepada The Malaya Post.

Tambahnya penembak harus diberikan kepada yang benar-benar profesional sahaja kerana melibatkan nyawa seorang yang terlatih dan banyak berjasa kepada negara dalam pasukan Komando.

Jarak tembakan juga harus dikaji kesesuaian dengan penggunaan senjata dan peluru.

Katanya, jika menggunakan peluru hidup, seharusnya mereka menutup keseluruhan badan dengan baju kalis peluru.

“Saya melihat isu keselamatan tidak dipentingkan dalam situasi ini.

Kemalangan boleh berlaku namun kecuaian isu keselamatan boleh dielakkan jika setiap yang dilakukan mengikut S.O.P yang betul” katanya.

Terdahulu, Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan medianya turut menegaskan TDM akan menubuhkan lembaga siasatan untuk menyiasat punca kematian.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments