Tuesday, May 14, 2024
HomeBERITAMerokok di kawasan larangan bakal disaman sehingga RM350

Merokok di kawasan larangan bakal disaman sehingga RM350

Bermula 1 Januari 2020 individu yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk kedai makan akan dikenakan denda sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama.

Bagaimanapun jumlah berkenaan boleh dikurangkan kepada RM150 jika denda dibayar dalam tempoh satu bulan daripada tarikh saman dikeluarkan.

Bagi mereka yang melakukan kesalahan kedua diwajibkan membayar denda penuh sebanyak RM250 dan tiada pengurangan denda diberikan.

Manakala bagi kesalahan ketiga dan seterusnya denda sebanyak RM350 bakal dikenakan.

Sekiranya terdapat individu yang gagal membayar denda tersebut mereka akan dikenakan saman maksimum hingga RM10,000 atau tidak lebih dua tahun penjara.

Malah pemilik premis yang gagal memaparkan tanda larangan merokok juga bakal dikenakan saman sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala RM350 bagi kesalahan ketiga dan seterusnya.

Peraturan ini adalah sejajar dengan yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments