Friday, July 19, 2024
HomeBERITABersuara lunak dan merdu, penyanyi India dodoikan anak dengan zikir Hasbi Rabbi

Bersuara lunak dan merdu, penyanyi India dodoikan anak dengan zikir Hasbi Rabbi

Sebuah kisah menarik telah mendapat perhatian ramai apabila seorang wanita bukan islam berselawat di dalam sebuah rancangan televisyen terkenal di India.

Penyanyi dari negara India ini, Sithara Krishnakumar mengakui sering mendodoikan anaknya tidur dengan zikir Hasbi Rabbi.

Ketika ditemubual, pengacara program bertanya kepada Sithara apakah lagu yang dinyanyikan ketika mendodoikan anaknya?

Sithara menjawab terdapat banyak lagu yang di dendangkan tetapi anaknya sangat mengemari lagu versi Arab itu.

Sithara dikenali sebagai penyanyi latar dan juga seorang komposer telah dinobatkan penyanyi terbaik kerana kelunakan suaranya yang unik.

Penyanyi yang berasal dari Kerala, India itu pernah memenangi anugerah lagu peringkat negeri sebanyak dua kali di Anugerah Filem Negeri Kerala tahun 2012 dan 2017.

Perkongsian video oleh pemuda @iamajayrahman di Twitter dikagumi ramai apabila alunan zikir yang dilafazkan Sithara sangat merdu sehingga meremang bulu roma sesiapa yang mendengarnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter mengulas komen tentang jiran rumahnya yang berbangsa India juga pernah mendodoikan anak menggunakan zikir.

Hidayah itu milik Allah SWT dan netizen turut mendoakan semoga suatu masa nanti keluarga Sithara akan memeluk Islam.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments