Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAMenteri Dalam Negeri tinjau premis judi haram di Sungai Buloh

Menteri Dalam Negeri tinjau premis judi haram di Sungai Buloh

Memandang serius pendedahan seorang peniaga yang juga Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Asri Janggut’ berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di sekitar Bandar Baru, Sungai Buloh, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin turun padang meninjau ke lokasi terbabit.

Beliau yang turut ditemani Asri Janggut melihat sendiri premis perjudian, penjualan rokok seludup dan perniagaan yang dijalankan warga asing seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selepas bertemu dan berbincang di Parlimen, saya minta Saudara Asri Janggut Hot Burger Malaysia bawa dan tunjukkan…

Dikirim oleh Hamzah Zainudin pada Senin, 10 Agustus 2020


“Selepas bertemu dan berbincang di Parlimen, saya minta Saudara Asri Janggut Hot Burger Malaysia membawa dan tunjukkan sendiri lokasi perjudian haram di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi. Kegiatan judi adalah salah satu punca kepada masalah sosial setempat. KDN melalui agensi yang terlibat akan menggunakan semua lunas perundangan yang ada untuk membanteras kegiatan ini,” kongsi beliau di laman Facebook miliknya.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments