Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITAMenjaga Kelestarian Laluan Laut Utara

Menjaga Kelestarian Laluan Laut Utara

ST.PETERSBURG, 23 Jun – Kerjasama berterusan masyarakat antarabangsa diperlukan bagi memastikan kelestarian Laluan Laut Utara (NSR).

Berdasarkan rumusan mesyuarat yang dibuat pada 13 Jun lalu, dengan disandar kepada penyelidikan yang dibuat Kumpulan Pakar Antarabangsa (IEG) yang telah diadakan di Pusat Penyelidikan Marin, Universiti Lomonosov Moscow, langkah berkenaan amat mustahak kerana Laut Utara di Artik merupakan laluan pengangkutan, yang menjadi elemen penting kepada kestabilan logistik antarabangsa.

Lebih 20 wakil daripada Rusia dan pusat penyelidikan asing, termasuk mereka dari Malaysia, India dan Turkiye telah membincangkan hasil kajian komprehensif di perairan Laluan Laut Utara, yang dijalankan sejak September 2022 hingga Jun 2023, dan laporan akhir – Program Pemantauan Bersepadu Alam Sekitar bagi Laluan Laut Utara.

Hasil kajian telah dibentangkan oleh Alexander Shestakov, Ph.D., pakar Pengarah Pembangunan dan Penyelidikan Saintifik Saintifik Pusat Penyelidikan Marin Universiti Lomonosov Moscow dan penyelaras IEG, Maria Pogozheva, Ph.D., Ketua Pengawasan Makmal Alam Sekitar Institut Oseanografi N.N Zubov dan Maria Gavrilo, Ph.D., peneraju penyelidik Institut Penyelidikan Antartik dan Penyelidikan Makmal Artik.

Mengulas mengenainya, Shestakov berkata maklumat yang diperolehi akan digunakan pada masa hadapan untuk memantau alam sekitar di sepanjang Laluan Laut Utara mengikut piawaian Rusia dan antarabangsa.

Tambah beliau lagi, bagi merealisasi perkara berkenaan, pihaknya telah menjemput pelbagai organisasi sebagai penyemak, termasuk organisasi dalam negara seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Rusia, beberapa institusi berkaitan termasuk Perkhidmatan Hidrometeorologi Rusia yang bertanggungjawab bagi pemantauan alam sekitar dan juga institusi penyelidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Semasa perbincangan hasil projek, ahli-ahli IEG mengambil maklum akan skala dan perincian rancangan pemantauan yang kompleks, yang mana penting untuk kawasan berskala besar seperti Artik.

Menurut Dr Mohamed Said, profesor dari Institut Kebangsaan Oseanografi dan Perikanan Iskandariah, Mesir, berpuas hati dengan tahap data dan parameter yang dipilih untuk membentuk Program Bersepadu dan memberi penekanan keperluan untuk menggunakan pemodelan apabila memerhatikan arus laut dan pergerakan air laut.

Kenyataan berkenaan turut disokong Dr Idris Izwandi, Ketua Pusat Repositori dan Rujukan Marin Laut China Selatan di Institut Oseanografi dan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu, yang memberikan pandangan keperluan supaya perhatian khusus diberikan kepada spesies tertentu, terutamanya yang sensitif terhadap gangguan navigasi.

Ketika ini, lebih daripada 38% trafik kapal melaluinya, yang menjadikannya laluan laut terpendek antara rantau Asia-Pasifik dan Eropah utara. Pengurangan jarak dan masa perjalanan ini turut mengurangkan penggunaan bahan api dan pelepasan karbon oleh pengangkutan laut.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments