Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAMengaku pukul dan membaling periuk kepada Johny Depp, rakaman suara Amber Heard...

Mengaku pukul dan membaling periuk kepada Johny Depp, rakaman suara Amber Heard tersebar

Setelah hampir tiga tahun berlalu, kes penceraian pelakon Hollywood, Johny Depp dan Amber Heard sering saja mendapat liputan seantero dunia.

Akibat daripada kes penceraian ini, pelakon Johny Depp tidak tersenarai sebagai pelakon utama francais filem Pirates of Carribbean.

Sepanjang kes ini berlangsung, bekas isteri pelakon terbabit mendapat sokongan gara-gara mendedahkan kecederaan yang didakwa telah dilakukan oleh Johny Depp.

Namun begitu, di sebalik karier yang terumbang-ambing, Johny Depp telah memfailkan saman sebanyak 50 juta dolar ke atas Amber di atas dakwaan palsu yang dibuat serta mendakwa bekas isterinya itu cuba menjatuhkan reputasi Depp.

Terbaru, kecoh di media sosial apabila sebuah klip suara yang mendedahkan bahawa Amber Heard mengaku telah mendera suaminya serta membaling kuali serta periuk terhadap Depp.

Malah, ada antara rakan artis yang tampil memberi keterangan seperti James Franco serta orang terdekat dengan pasangan ini namun kes ini masih dalam siasatan.

Timbul desas-desus bahawa James Franco mengakui bahawa sebenarnya Amber yang mendera Depp bukan sebaliknya seperti yang didakwa.

Klip suara itu telah mendapat hampir ratusan ribu perkongsian dan telah mendapat reaksi berbeza yang rata-ratanya simpati dengan nasib Johny Depp.

Untuk rekod, Amber telah menuntut perceraian atas alasan Johny sering menderanya secara fizikal dan mental.

Malah Amber juga telah menunjukkan bukti foto dirinya cedera. Dia juga mendakwa Depp seorang kaki botol dan sering menjadikan dirinya mangsa melepaskan kemarahan.

Namun, segalanya terjawab setelah rakaman suara tersebut tersebar. Di sebalik fitnah yang dilemparkan terhadap Depp, rupanya Amber memanipulasi dan mendera bekas suaminya itu. Reputasi Amber yang juga ikon #metoo semakin tercalar apabila gambar penderaan terhadap Depp dipaparkan secara umum.

Perkembangan ini telah mengundang amarah di kalangan para peminat setia Depp dan mereka mula menyerang dengan menulis kata-kata pedas di ruangan komen laman Instagram Amber, malah ramai yang menandakan hashtag #justiceforjohnydepp

Terdapat komen nakal dari netizen mengatakan Amber gigih memadam komen-komen yang mengkritik keras terhadap dirinya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments