Memiliki 43,000 rangkaian hotel dan 350, 000 pekerja, kenali anak kampung yang daif berubah menjadi seorang billionaire termuda

0

Seorang pemuda berasal dari kampung terpencil dan daif berubah menjadi Billionaire termuda, siapakah dia?

Hari ini siapa sahaja yang tidak mengenali Hotel OYO yang mempunyai banyak rangkaian dan banyak terpampang singboard hotel ini di serata negara.

Mungkin ada segelintir di antara masyarakat pernah mendengar hotel bernama OYO tetapi tidak mengenali siapakah pengasasnya.

OYO Rooms diasaskan oleh Ritesh Agarwal iaitu seorang pemuda dari Bissam Cuttack, Odisha, India.

Bissam Cuttack di Odisha India sebuah kampung yang jarang dikenali dan didengar, majoriti penduduk disana sangat daif dan berpendapatan kurang dari 10 dolar sehari.

Kejayaanya bermula daripada sebuah hotel berdekatan rumahnya yang dilihat kurang dikunjungi penginap.

Suatu hari, Ritesh mula berjumpa dengan pemilik hotel dan memberikan satu proposal untuk menjadikan hotel tersebut lebih baik dan boleh menjana pendapatan.

Selepas mendapat persetujuan masing-masing, pemuda berusia 27 tahun ini mula mengubah suasana hotel menjadi lebih eksklusif, ceria dan menarik.

Ritesh mengubah suai setiap bilik dengan menukar lampu, cadar, sediakan air minuman, menggantung gambar bingkai dengan pemandangan yang cantik serta menyediakan telefon untuk ‘room service’.

Bermula dari situ Ritesh mula membuat ‘marketing strategy’ dengan mengambil gambar beberapa sudut pemandangan dalam bilik hotel berkenaan dan mengiklankan di internet dengan menggunakan nama “OYO Hotel”.

Dalam masa yang singkat, daripada hotel yang tidak berpenghuni bertukar menjadi sebuah hotel dikunjungi ramai dan ia berjaya membawa pendapatan yang baik saban hari.

“Hotel pertama semestinya yang paling sukar tapi bagi saya apabila saya dapat menukar satu hotel, saya cukup yakin saya boleh menukar beratus-ratus hotel,” memetik kata-kata bijak Ritesh.

Bagi mengembangkan lagi bisnes, Ritesh mula berkerjasama dengan ramai pelabur yang berminat dengan proposal dan idea bernas pemuda ini.

Dalam masa yang sama Ritesh mula mengembangkan kumpulan kepada 50 orang dan ketika mencecah 22 tahun dia mempunyai 500 buah hotel dan pada umur 24 bisnesnya mencapai 1 billion dolar.

Dan pada hari ni, pada usia 27 tahun Ritesh memiliki 43,000 rangkaian hotel dan secara keseluruhannya mempunyai lebih 1 juta buah bilik sekaligus menjadikan OYO Hotel adalah rangkaian kedua terbesar di seluruh dunia.

Memetik kata-katanya, “Jika kita bekerja kuat, kita dapat meningkatkan ruang untuk berjaya.”

Matlamatnya bekerja keras bukan hanya ingin berjaya untuk diri sendiri malah dalam masa yang sama dia berharap dengan kejayaannya dapat membantu dan menyediakan ruang pekerjaan kepada masyarakat.

Sehingga kini, pemuda yang dahulunya hidup miskin disebuah perkampungan kecil berjaya mengupah pekerja dan memberi peluang pekerjaan kepada 350,000 orang.

Kejayaan ini bukan sekadar mencapai keuntungan, ia adalah kerja keras yang boleh merentas sesuatu yang mustahil dan berhasil.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply