Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMedia sebagai benteng kebenaran: Peranan dan amanah wartawan era digital

Media sebagai benteng kebenaran: Peranan dan amanah wartawan era digital

Media… bukan sekadar sumber maklumat.

Media adalah benteng terakhir kebenaran. Ia berdiri ketika yang lain tumbang. Ia teguh ketika yang lain goyah.

Bukan kerana kita sempurna…

Tetapi kerana kita memilih untuk memikul amanah menyampaikan kebenaran walau kadangkala ia sukar, pedih, dan penuh risiko.

Dalam dunia yang ditenggelami oleh algoritma, persepsi dan propaganda, media tidak boleh menjadi penumpang. Media mesti menjadi nakhoda memimpin arah pemikiran bangsa.

Menurut Pew Research Center (2022), Generasi Z kini membesar dalam ketidaktentuan resah tentang masa depan, pekerjaan, dan hala tuju hidup.

➤ Siapa yang membimbing mereka?

➤ Siapa yang mencorakkan fikiran mereka di tengah ribuan naratif digital?

Lebih 50 tahun lalu, Tun Abdul Razak menegaskan:

“Power must be rooted in the trust of the people.”

Hari ini, amanat itu hidup di tangan media yang menjadi jambatan kepercayaan antara rakyat dan kebenaran.

Tun Dr Ismail pula pernah mengingatkan:

“We must speak the truth, even if the truth is bitter.”

Kebenaran bukan semata-mata untuk diterima, tetapi untuk diangkat meski perit, itulah jalan kematangan sebuah bangsa.

Tugas kita bukan menyusun skrip persepsi untuk menggembirakan sesiapa…

Tetapi menyampaikan realiti yang membangunkan pemikiran. Yang mencelikkan kesedaran. Yang menghidupkan nilai dan tanggungjawab.

Kita bukan sekadar menyampaikan berita. Kita memimpin kesedaran. Inilah peranan sebenar media.

Bukan jadi penonton sejarah, tetapi pembentuk nilai dan masyarakat bermutu.

Penulis, Nik Suryani Megat Deraman merupakan Presiden Persatuan Kewartawanan Multimedia Malaysia, Ketua Pengarang The Malaya Post dan kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pengurusan Media di Universiti Utara Malaysia.

Langgan saluran kami untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Saluran YouTube The Malaya Post

https://www.youtube.com/@TheMalayaPost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments