Saturday, July 13, 2024
HomeBERITASKMM henti sementara talian khidmat pelanggan dan kaunter aduan

SKMM henti sementara talian khidmat pelanggan dan kaunter aduan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menghentikan sementara talian khidmat pelanggan dan kaunter aduan di semua pejabat SKMM.

Penggantungan sementara Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 dan kaunter aduan bermula 4 Mac 2020 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Manakala, Ibu Pejabat dan Bangunan Lama SKMM di Cyberjaya akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari ini, Khamis, 5 Mac dan Jumaat, 6 Mac 2020.

Perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat SKMM juga akan digantung buat sementara waktu bermula daripada 4 Mac sehingga 8 Mac 2020.

Tindakan penutupan dan penggantungan sementara ini diambil sebagai langkah proaktif ekoran penularan wabak COVID-19 dan ia mencerminkan keprihatinan SKMM terhadap keselamatan serta kesihatan semua pihak.

Orang ramai masih boleh menyalurkan aduan melalui saluran-saluran seperti Portal Aduan SKMM iaitu www.aduan.skmm.gov.my atau emel ke aduanskmm@mcmc.gov.my.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments