Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAKESIHATANMB Perak rakam rasa dukacita kakitangan perubatan JKNP positif Covid-19

MB Perak rakam rasa dukacita kakitangan perubatan JKNP positif Covid-19

Menteri Besar Perak rakam rasa dukacita apabila kakitangan perubatan di Jabatan Kesihatan Negeri Perak dilaporkan positif Virus Covid-19.

Justeru Dato’ Ahmad Faizal Azumu merayu kepada semua rakyat agar patuhi Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak peningkatan mendadak kes Covid-19.

“Saya sedih masih ada rakyat yang tak ambil endah pelaksanaan dan tak ambil berat ancaman wabak Covid-19.

” Kakitangan front liners berkorban untuk negara tapi ada masyarakat tak endahkan pelaksanaan PKP. Risiko besar kepada negara jika berlaku peningkatan mendadak jangkitan”, katanya.

Tambah beliau, jika jumlah jangkitan naik mendadak dalam masa singkat, risiko berlaku kekurangan peralatan dan kekurangan kakitangan perubatan.

Ini kerana mereka terpaksa memberi tumpuan sepenuhnya kepada pesakit positif Covid-19.

Ini akan beri kesan kepada perkhidmatan perubatan yang mana pesakit lain-lain penyakit  juga perlukan rawatan.

Ia sebagaimana apa yang berlaku di Itali.

Oleh itu kita perlu menangani wabak ini dan berlaku adil kepada petugas perubatan.

PERANGI COVID-19: HARI KE-4 PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)MB Peja rakam rasa dukacita kakitangan…

Dikirim oleh Faizal Azumu pada Sabtu, 21 Maret 2020

Angkatan Tentera Malaysia akan bantu pihak polis dalam pelaksanaan PKP bermula Ahad ini

Dalam pada itu, kerajaan negeri alu-alukan pihak swasta dan badan korporat untuk menyumbang kepada Tabung Bencana dan Bantuan Sosial Negeri Perak

Ia boleh disalurkan melalui akaun Bendahari Negeri Perak CIMB Islamic di nombor akaun 8601170183. –THE MALAYA POST

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments