Saturday, May 18, 2024
HomePOLITIKMat Sabu mungkir janji - Hishamuddin Tun Hussein

Mat Sabu mungkir janji – Hishamuddin Tun Hussein

Bekas Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein menemplak tindakan Mohamad Sabu di atas tindakannya mentauliah pangkat tentera kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

Tindakan itu kata Dato’ Seri Hishamuddin jelas membuktikan Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertahanan telah mungkir janji.

“Tak sampai seminggu masuk tahun baru, Menteri Pertahanan dah mungkir janji lagi? Sebelum ni, bukan main tegas lagi Mohamad Sabu kata tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik. Habis, ini apa? Menteri Besar Negeri Sembilan bukan orang politik ke? Julai 2019 hari tu, Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka pun dipakaikan pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat)”, tulisnya di facebook.

Tambahnya terdahulu Mohamad Sabu telah berjanji tidak akan ada lagi pangkat tentera untuk orang politik.

“Sepatutnya, kalau betul taknak bagi, berpeganglah kepada pendirian. Kenapa pula mesti ada pengecualian dan keistimewaan kepada orang yang berjawatan tertentu. Takkanlah hanya kerana orang-orang ini ialah penaung kepada Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW), terus dibolehkan?”, katanya.

Memetik kenyataan Mohamad Sabu di facebook beliau, semalam telah berlangsung majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Perwira ATM.

Antara yang menerima tauliah kehormat ialah Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’Seri Haji Aminuddin Bin Harun dan Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Dato’ Dr Razali Bin Ab Malik.

Selain itu, Penasihat Ketenteraan Menteri Pertahanan Norrul Azril Ariffin turut memakai pangkat Brigadier Jeneral.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments