Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMAS tawar diskaun 20 peratus tiket penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan...

MAS tawar diskaun 20 peratus tiket penerbangan domestik kepada guru, pensyarah dan pelajar

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) menawarkan diskaun tiket penerbangan domestik 20 peratus khusus kepada para guru, pensyarah dan pelajar yang pulang ke tempat kerja dan belajar masing-masing.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS) bersama dua lagi pegawai telah datang menemuinya untuk mengadakan perbincangan serta berbincang mengenai harga tiket penerbangan.

“Hasil dari perjumpaan yang dilakukan, saya telah dimaklumkan bahawa MAS telah bersetuju untuk menawarkan promosi seperti mana yang akan saya maklumkan ini.

“Yang pertama adalah diskaun sebanyak 20 peratus kepada guru peringkat persekolahan dan pensyarah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta bagi perjalanan domestik.

“Tarikh penempahan bermula dari 9 Julai sehingga 10 Ogos untuk tarikh perjalanan dari 10 Julai sehingga 30 November nanti,” ujar beliau.

SIARAN LANGSUNG SIDANG MEDIA (NON HEALTH) SELEPAS MESYUARAT KHAS MENTERI-MENTERI MENGENAI PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN…

Posted by Jabatan Perdana Menteri on Tuesday, 7 July 2020

Selain itu, diskaun juga boleh diperolehi melalui tempahan atas talian dengan memasukkan kod promo yang akan diumumkan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Manakala diskaun sebanyak 20% kepada pelajar melalui program MH Explorer yang boleh diperolehi dengan menjadi ahli MH Explorer melalui sesawang rasmi MAS.

“Diskaun pelajar ini akan terus dinikmati sehingga 30 November 2020 atau tempoh keahlian tamat mengikut syarat keahlian MH Explorer,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pengurusan Malaysia Airlines Berhad (MAB) di atas persetujuan untuk menawarkan diskaun kepada pensyarah, guru-guru, pelajar sekolah, pelajar IPT awam dan juga swasta.

Beliau turut berharap agar syarikat-syarikat penerbangan lain akan turut serta di dalam usaha untuk menurunkan harga tiket penerbangan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments