Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAMARA Corporation gerakkan inisiatif wujudkan 2,000 peluang pekerjaan profesional kepada graduan institusi...

MARA Corporation gerakkan inisiatif wujudkan 2,000 peluang pekerjaan profesional kepada graduan institusi pendidikan MARA

KUALA LUMPUR, 2 Nov. – MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp)
bagi memperkukuhkan usaha dalam membangunkan modal insan kompetitif.

Kolaborasi itu bagi menyumbang kepada pertumbuhan tenaga kerja dalam industri dan ekonomi negara khususnya graduan di bawah ekosistem pendidikan MARA.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan di ibu negara hari ini.

Dalam sidang medianya, Datuk Seri Mahdzir berkata, sinergi antara dua agensi itu mensasarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan profesional kepada graduan di bawah ekosistem pendidikan MARA yang terdiri daripada pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMA) serta pelajar di bawah tajaan pelajaran MARA.

“Kedua-dua pihak juga akan merangka program-program khas yang bersesuaian dengan pembangunan modal insan dan kebolehpasaran graduan MARA bagi memastikan graduan yang dilahirkan dapat memenuhi tuntutan industri dan mempunyai daya kebolehpasaran yang tinggi di alam pekerjaan.”

TalentCorp jelas Mahdzir, yang bertindak sebagai penghubung di antara MARA dan pihak berkepentingan yang terdapat dalam jaringan mereka akan menawarkan inisiatif program sedia ada.

Antaranya, program Nurturing EXpert Talent (NEXT), Structured Internship Programme (SIP), Talent Mobility, Semester Break Programme (SBP), Young Employable Student (YES!) dan #KisahSiswa kepada graduan di bawah MARA.

 Usahasama antara kementerian dalam agenda pembangunan bakat ini merupakan satu platform yang memberi ruang dan peluang kepada graduan untuk mempersiapkan diri di alam pekerjaan.

“Saya percaya kerjasama ini mampu menjadi penghubung laluan kerjaya graduan MARA dengan jaringan syarikat dalam pelbagai industri serta menyediakan satu ruang kerjaya yang lebih signifikan dengan peluang yang lebih baik ditawarkan kepada para pelajar MARA”, tambah beliau.

TalentCorp juga menurut Mahdzir, bertanggungjawab melalui mandatnya untuk menarik, memupuk dan mengekalkan modal insan serta kepakaran yang terbaik dalam menyokong perjalanan Malaysia ke arah mencapai status negara maju.

“Usaha TalentCorp dipacu oleh kerjasama erat dengan pelbagai kementerian, pihak
berkepentingan di dalam industri dan institusi pengajian menerusi inisiatif yang menumpukan kepada tiga penawaran khidmat utama iaitu Penyaluran, Kepelbagaian dan Mobiliti modal insan di Malaysia.

Manakala MARACorp merupakan syarikat induk milik MARA yang bertanggungjawab mewujudkan peluang pekerjaan dan membangunkan peluang pemilikan ekuiti serta memastikan peningkatan penjanaan pendapatan syarikat subsidiari di bawahnya dalam
memberikan pulangan pelaburan yang baik dan konsisten kepada MARA”, katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments