Wednesday, July 17, 2024
HomeBERITAManusia paling kerdil di dunia meninggal dunia

Manusia paling kerdil di dunia meninggal dunia

Manusia paling kerdil menerusi Guinness World Records, Khagendra Thapa Magar dilaporkan telah meninggal dunia.

Khagendra dipercayai sering dirawat di hospital ekoran menghadapi penyakit pneumonia atau dikenali radang paru-paru.

Namun sejak kebelakangan ini kesihatannya semakin merosot dan doktor mengesahkan hatinya turut terjejas.

Khagendra, 27 menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan Pokhara, Nepal pada Khamis.

Dengan ketinggian 67.08 sentimeter Khagendra menerima gelaran manusia paling kerdil di dunia pada 2010 ketika melonjak usia ke 18 tahun.

Pada Mei 2008, Khagendra muncul dalam dokumentari British Channel 4 yang dikenali sebagai Manusia Terkecil Dunia. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments