Friday, November 20, 2026
HomeBERITAMampukah Malaysia capai 28 hari sifar kes COVID-19?

Mampukah Malaysia capai 28 hari sifar kes COVID-19?

Mampukah Malaysia mencapai kes sifar COVID-19 dalam tempoh 28 hari sebelum diisytiharkan bebas pandemik?

Apatah lagi sekarang negara telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang membenarkan pelbagai sektor beroperasi.

Semua pengangkutan awam seperti bas ekspres, pesawat penerbangan, perkhidmatan e-hailing, teksi dan kenderaan persendirian juga telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh mengikut SOP yang ditetapkan.

Bukan itu sahaja, semua masjid dan surau di dalam kawasan zon hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka secara berperingkat bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama bermula hari ini.

Walau telah banyak kelonggaran diberikan namun ia bukan lesen untuk rakyat merasa bebas.

Kompaun atau denda tetap akan dikeluarkan sekiranya ingkar SOP.

Setelah hampir empat bulan pasukan petugas barisan hadapan bertungkus lumus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam menangani COVID-19, kini tugasan ‘frontliner’ bertukar tangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kawalan kendiri masyarakat agar terus mematuhi SOP dalam kebiasaan baharu inilah elemen yang paling penting dalam usaha menurunkan lonjakan kes sekali gus menentukan sama ada dengan pelaksanaan PKPP adakah akan berjaya menjadikan negara diisytihar bebas wabak COVID-19.

MAMPUKAH MALAYSIA CAPAI 28 HARI SIFAR COVID19?Kawalan kendiri masyarakat untuk terus mematuhi SOP dalam kebiasaan…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, 11 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments