Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAMalaysia, Republik Rakyat China (RRC) meterai MoU kukuhkan kerjasama telekomunikasi digital

Malaysia, Republik Rakyat China (RRC) meterai MoU kukuhkan kerjasama telekomunikasi digital

BUCHAREST, 28 September – Malaysia dan Republik Rakyat China (RRC) hari ini telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama telekomunikasi digital membabitkan kedua-dua negara

Selain itu, Malaysia, RRC turut bersetuju untuk
menerokai potensi kerjasama dalam teknologi aplikasi 5G di samping menggalakkan kerjasama
dalam e-dagang, inovasi syarikat pemula, pengkomputeran awan dan data raya.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa danTimbalan Menteri Industri dan Informasi Teknologi China TYT Zhang Yunming.

Ia bersempena dengan Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi
Antarabangsa 2022 (ITU PP22) yang sedang berlangsung bermula pada 26 September
hingga 14 Oktober 2022 di Romania.

“Antara bidang kerjasama yang telah dipersetujui oleh Malaysia dan RRC melalui MoU ini
adalah berkenaan 5G, ekonomi digital dan keselamatan siber.

“Susulan pemeteraian MoU mengenai kerjasama telekomunikasi digital ini, kedua-dua negara dijangka akan menerokai potensi kerjasama dalam teknologi aplikasi 5G, menggalakkan kerjasama
dalam e-dagang, inovasi syarikat pemula, pengkomputeran awan, data raya, kecerdasan
buatan, Internet pelbagai benda (Internet of Things), aplikasi Internet dan teknologi digital
lain serta kerjasama dalam polisi, piawaian, tindak balas kecemasan, teknologi sekuriti
data, latihan serta kesedaran berkaitan keselamatan siber,” kata Tan Sri Annuar dalam satu kenyataan media kepada The Malaya Post.

Yang pasti melalui kerjasama ini kata Tan Sri Annuar ia dijangka memberi nilai tambah kepada Malaysia dengan mengambil kira perkembangan pesat industri teknologi maklumat di RRC.

“Kedua-dua negara dapat
menimba ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam bidang 5G, keselamatan siber dan
ekonomi digital.

“Selain itu, kerjasama RRC untuk berkongsi amalan terbaik, pengalaman dan kepakaran melalui inisiatif bersama dapat membantu meningkatkan kepantasan dan kesiapsiagaan ekosistem keselamatan siber dan pendigitalan negara terutamanya dalam menghadapi era Revolusi Perindustrian 4.0.

“Komitmen pertukaran ilmu pengetahuan dan amalan terbaik antara kedua-dua negara
bukan sahaja mampu mempertingkatkan daya saing dan merancakkan pertumbuhan
ekonomi digital negara malah ia berupaya bertindak sebagai faktor penarik kepada
pelaburan pembinaan modal insan dan penyelidikan.

“Hubungan kerjasama ini akan
membantu Malaysia untuk memperkasakan ekosistem ekonomi digital yang lebih
berkualiti,” katanya.

Katanya lagi jika ia dapat dilaksanakan kelak, ia secara tidak langsung akan merangsang
pertumbuhan ekonomi digital tempatan dan menyumbang kepada ekonomi negara pada
masa hadapan sejajar dengan agenda untuk menjadikan Malaysia hab industri
berteknologi tinggi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments