Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAMalaysia-Indonesia nyata komitmen untuk tingkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi

Malaysia-Indonesia nyata komitmen untuk tingkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi

Presiden Indonesia, Joko Widodo  mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Menurut satu kenyataan dimuatnaik di Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menerima panggilan daripada Jokowi petang tadi turut menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan dua hala.

“Petang tadi saya menerima ucapan tahniah daripada Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi). Dalam perbualan kami, Jokowi mendoakan agar hubungan Malaysia dan Indonesia terus kukuh.

“Saya juga menyampaikan hasrat untuk melihat hubungan rakyat antara dua negara terus akrab dan harmoni. Jokowi dan saya juga turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor ekonomi”, katanya di Facebook.

Dalam pada itu di Twitter Jokowi menyatakan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia yang terjalin baik selama ini akan terus diperkukuhkan.

Jokowi turut mendoakan hubungan baik kedua-dua negara terus diberkati Ilahi, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Sabtu lalu, Ahli Parlimen Bera itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments