Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengadakan sidang video bersama TYT Prabowo Subianto, Menteri Pertahanan Republik Indonesia.
Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Kementerian Pertahanan Negara, TYT Prabowo mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob di atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan Keselamatan dan juga Menteri Pertahanan Malaysia.
Dalam perbincangan terbabit, kedua-dua Menteri Pertahanan ini memperakui keakraban hubungan dua hala yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan negara republik itu.
Perbincangan terbuka merangkumi topik yang luas dan mereka bersetuju walaupun berdepan dengan situasi penularan wabak COVID-19, komitmen untuk mempertingkatkan hubungan pertahanan dua hala dan menekankan pentingnya memperluas kerjasama sedia perlu dikekalkan demi kepentingan bersama.
Kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Indonesia sudah lama terjalin dan terus berkembang melalui Jawatankuasa Am Persempadanan yang ditubuhkan pada tahun 1972.
Hubungan pertahanan ini turut diperkukuhkan melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau seperti Malacca Straits Patrol (MSP) dan Trilateral Cooperative Arrangement (TCA) yang melibatkan negara Filipina.
Dikhabarkan, sebelum sesi sidang video berkenaan, Dato’ Sri Ismail Sabri telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Md Shahidul Islam, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
KUALA LUMPUR, 16 Jun 2020 – YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertahanan Malaysia telah mengadakan sidang…
Posted by Kementerian Pertahanan Malaysia on Tuesday, 16 June 2020

Leave a Reply