Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITAMalaysia berpendirian menggantung keahlian Rusia dalam MHAM, bukan langkah terbaik

Malaysia berpendirian menggantung keahlian Rusia dalam MHAM, bukan langkah terbaik

Tindakan menggantung keahlian Rusia dalam Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah tidak konstruktif dan tidak memperbaiki isu kemanusian di Ukraine.

Menurut Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar, usaha menyingkirkan Rusia dari organisasi tersebut adalah bertentangan dengan prinsip multilateralisme yang menekankan kerjasama dan penglibatan secara inklusif oleh semua pihak.

Malaysia berpendirian untuk tidak menyokong usaha untuk mempolitikkan sebarang isu pada majlis tersebut.

“Malaysia juga khuatir sebarang keputusan dibuat tanpa mengambil kira proses-proses yang sewajarnya terlebih dahulu ia akan dijadikan sebagai agenda politik sesetengah pihak yang akan mengeruhkan lagi keadaan dan tidak membantu dalam mencari jalan penyelesaian damai yang berkesan,” jawab Kamaruddin menjawab soalan Senator Datuk Kesavadas A.Achyuthan Nair terhadap pendirian negara dalam isu tersebut.

Bagaimanapun, Malaysia terus komited memperjuangkan agenda keamanan sejagat dan berpegang kepada prinsip asas integritri wilayah serta kedaulatan sesebuah negara seharusnya tidak dicabuli oleh mana-mana negara.

Malaysia bersama 57 negara lain sebelum ini mengundi untuk berkecuali dalam pengundian PBB bagi menggantung keahlian Rusia dalam MHAM PBB.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments