Friday, June 21, 2024
HomeBERITAMakan Maggi Cup sebelum sidang media, sempoi la Dato’ Seri!

Makan Maggi Cup sebelum sidang media, sempoi la Dato’ Seri!

Dalam sibuk bekerja dan mengejar masa, kita masih perlu mengalas perut supaya tidak lapar untuk tenaga seharian.

Tidak kiralah apa sahaja jenis makanan, asal cepat dan mudah penyediaannya, itulah yang kita ‘grab’.

Yang menarik perhatian apabila menteri paling sibuk dengan laporan dan sidang media harian COVID-19 iaitu Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau telah berkongsi foto dirinya sedang menikmati mee segera di dalam cawan di laman Facebook miliknya dengan kapsyen, “makan mee segera sebelum sidang media”.

Comel juga aksi spontan Dato’ Seri makan Maggi Cup dengan baju warna-warninya itu ya.

Di ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menyukai gaya santai dan bersahaja Dato’ Seri Ismai Sabri menikmati mee segeranya itu.

Mereka turut mendoakan agar segala urusan menteri berkenaan dipermudahkan dan dilindungi oleh Yang Maha Esa.

Maggi pun Maggi lah! Janji kenyang kan Dato’ Seri 🍜

Makan mee segera sebelum sidang media. 👍

Dikirim oleh Ismail Sabri Yaakob pada Jumat, 17 April 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments